TATABAHASA ( KESILAPAN PENGUNAAN)
LATIHAN TATABAHASA KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA PRAKTIS 1 (i) Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan ingatan manis yang sukar dilupakan olehku . (ii) Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat prihatin dunia dan menjadi isu antarabangsa di masa ini. (iii) Ayah mencantas semak samun di kebunnya pada tiap hujung minggu. Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa i. ingatan - kenangan dilupakan olehku - aku lupakan ii. prihatin - perhatian di - pada iii. mencantas - menebas tiap - setiap PRAKTIS 2 (i) "Masyarakat berfikir" adalah asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada zaman ke-21. (ii) Minit mesyuarat itu ada dengan pengetua untuk ditatap oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bulanan. (iii) Ketua kampung akan membincangkan tentang masalah-masalah yang ditempuhi oleh anak mukimnya pada minggu depan. Kesalahan