Skip to main content

Posts

Featured

TATABAHASA ( KESILAPAN PENGUNAAN)

  LATIHAN TATABAHASA  KESALAHAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA PRAKTIS 1 (i)               Peristiwa semasa berkhemah di Taman Negara itu meninggalkan  ingatan  manis yang sukar  dilupakan olehku .  (ii)             Kegiatan pemerdagangan orang telah mendapat  prihatin  dunia dan menjadi isu antarabangsa  di  masa ini. (iii)            Ayah  mencantas  semak samun di kebunnya pada  tiap  hujung minggu. Kesalahan istilah Kesalahan tatabahasa i. ingatan - kenangan dilupakan olehku - aku lupakan ii. prihatin - perhatian di - pada iii. mencantas - menebas tiap - setiap PRAKTIS 2 (i)              "Masyarakat berfikir"  adalah  asas penting bagi mencorakkan perubahan masyarakat maju pada  zaman  ke-21. (ii)            Minit mesyuarat itu ada  dengan  pengetua untuk  ditatap  oleh beliau sebelum dibentangkan dalam mesyuarat bulanan. (iii)           Ketua kampung akan  membincangkan tentang  masalah-masalah yang ditempuhi oleh  anak  mukimnya pada minggu depan. Kesalahan

Latest Posts