RPH BM KSSR
RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
KUMPULAN 1
TEMA
|
KISAH DAN
TELADAN
|
|
TAHUN
|
4 Bijak
|
|
TAJUK
|
Kura-kura dan Monyet
|
|
MASA
|
8.30-9.30 pagi
|
|
STANDARD KANDUNGAN
|
4.2
|
Mengujarkan bahasa yang
indah dan menggunakan
bahasa badan secara
kreatif semasa bercerita
secara didik hibur.
|
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
4.2.1
|
Mengujarkan ayat yang
gramatis dengan sebutan
yang betul dan
intonasi yang jelas
serta susunan idea
yang tepat semasa
bercerita secara didik
hibur.
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1.
Bercerita dengan menggunakan ayat yang
gramatis dengan sebutan
yang betul dan
intonasi yang jelas.
|
|
AKTIVITI
|
1.
Guru menunjukkan
gambar monyet dan kura-kura. Murid bercerita tentang haiwan tersebut.
2.
Murid diperdengarkan certa “Monyet dan Kura-kura”.
3.
Murid membaca cerita “Monyet dan Kura-kura “ secara
mentalis.
4.
Murid menyampaikan cerita secara beramai-ramai.
5.
Beberapa orang murid bercerita semula dengan sebutan
dan intonasi yang jelas.
6.
Murid mencari perkataan berimbuhan apitan daripada
petikan yang diberi.
7.
Guru menyenaraikan perkataan-perkataan yang diberikan
oleh murid.
8.
Guru membimbing murid mencari kata akar bagi perkataan
berimbuhan tersebut.
9.
Latihan :
a)Murid
melengkapkan ayat dengan perkataan berimbuhan yang betul.
b)Murid membina
lima ayat menggunakan perkataan berimbuhan yang diberi.
PEMULIHAN:
Murid mendengar
rakaman cerita dan mengikut sebutan dan intonasi dengan betul.
PENGAYAAN:
Murid bercerita
dalam kumpulan kecil tentang cerita yang pernah dibaca.
10)Guru merumus isi pelajaran
dan nilai murni.
|
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
Ilmu : Sivik
Nilai : Bekerjasama, rajin, kasih sayang.
EMK : TMK
KB
: Menilai
BCB : Membaca secara mekanis
|
|
BAHAN BANTU BELAJAR
|
LCD, benda maujud, lembaran kerja
|
|
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
|
|
REFLEKSI
|
|
Kura-kura dan
Monyet
Pada zaman dahulu,
bersahabatlah seekor kura-kura dengan seekor monyet. Kura-kura suka bercucuk
tanam sedangkan monyet pula asyik merayau dari sebatang pokok ke sebatang pokok
kerana mencari makanan.
Setelah lama menunggu, buah pisang tanaman
kura-kura pun masak. Kura-kura berusaha untuk memetik buah pisangnya tetapi
gagal. Lalu, ia meminta tolong pada monyet. Apalagi, betapa seronoknya monyet
mendapat makanan kegemarannya itu. Ia tidak menghiraukan kura-kura yang
asyik menunggu di bawah pokok itu. Monyet mencampakkan kulit-kulit pisang yang
dimakannya itu ke bawah pokok.
Kura-kura sangat marah. Hilang sabar menyebabkan
kura-kura mencari pokok-pokok berduri, lalu diletakkannya di pangkal
pokok pisang itu. Ia ingin mengajar kawannya yang hanya mementingkan
diri sendiri.
Setelah kenyang, monyet melompat turun
daripada pokok. Kakinya telah tertusuk duri tajam dan mengaduh kesakitanlah
ia. Dihempasnya kura-kura ke atas tanah, namun kura-kura tidak merasa sakit.
Apabila kura-kura memberitahu bahawa dia
hanya boleh mati kerana air, maka monyet pun memikul kura-kura ke tepi sungai.
Dengan sekuat tenaganya, monyet mencampakkan kura-kura ke dalam sungai.
Hatinya begitu puas melihat badan
kura-kura tenggelam. Beberapa ketika kemudian, kura-kura timbul semula di hadapan monyet lalu mengucapkan terima kasih
kerana menghantarnya ke tempat kegemarannya, iaitu air. Monyet sangat
marah kerana ia diperbodohkan oleh kura-kura.
KATA IMBUHAN
|
KATA DASAR
|
|
1. menghiraukan
|
hirau
|
|
2. menyebabkan
|
sebab
|
|
3. mementingkan
|
penting
|
|
4. kesakitan
|
sakit
|
|
5. dicampakkan
|
campak
|
|
6. mengucapkan
|
ucap
|
|
7. kegemaran
|
gemar
|
|
8. meletakkan
|
letak
|
|
9. diperbodohkan
|
bodoh
|
|
|
|
|
BAHASA MALAYSIA TAHUN
4
NAMA : _______________________________________
TARIKH : _________
Kelas :
ARAHAN : Isi tempatkosongdengan kata imbuhan yang sesuai.
1. Siti
________ ______________ terimakasihapabilaayahnyamenghulurkanbungkusanhadiahkepadanya.
2. Makanan
_________________________ Dali ialahayamgorengdan sate.
3. Kakakmenangiskeranatidakdapatmenahan
____________________________ yang dialaminya.
4. Sebagaiseorangpelajar, kitamestilah _____________________ pelajaran.
5. Ali
tidak ________________________ kata-kata ibunya.
6. Kata-katanya
yang kasar, _________________________________
diatidakdisenangiolehrakan-rakannya.
7. Bekalanmakanan
yang telahbasiitu
_________________________ kedalamlongkang.
Comments
Post a Comment