RPH BM KUMPULAN 1
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
KUMPULAN 1
TEMA
|
KESIHATAN
|
|
TAHUN
|
4 Musytari
|
|
TAJUK
|
Faedah Bersukan
|
|
MASA
|
8.30-9.30 pagi
|
|
STANDARD KANDUNGAN
|
1.7
|
Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber secara bertatasusila.
|
STANDARD
PEMBELAJARAN
|
1.7.2
|
Berbincang dan mengemukakan
pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan
ayat yang gramatis secara bertatasusila.
4.2.1 Aspek seni bahasa
5.1.5 Tatabahasa
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat berbincang
tentang faedah bersukan dengan menggunakan ayat yang gramatis secara
bertatasusila.
|
|
AKTIVITI
|
Bersoal Jawab
1.
Guru mempamerkan
gambar-gambar sukan negara dan minta murid menyebut aktiviti sukan yang
dilihat.
Contoh:
·
badminton
·
boling
·
bola sepak
·
skuasy
·
berbasikal
2.
Guru
bersoal jawab tentang pelbagai aktiviti sukan tersebut.
3.
Murid
menerangkan cara untuk mendapatkan wang bagi membeli
peralatan sukan yang diminati oleh mereka.
Lampiran 1
Membaca dan berbincang
1.
Murid
membaca senyap petikan yang diedarkan untuk mendapatkan maklumat.
Lampiran 2
2.
Murid menggarisi
isi penting daripada petikan.
3.
Guru
dan murid berbincang tentang aktiviti sukan berdasarkan teks.
4.
Guru
merangsang murid-murid dengan beberapa soalan untuk membantu mereka
menyatakan idea berkaitan teks.
Contoh:
·
Mengapakah
kebanyakan orang tidak aktif bersukan walaupaun kerajaan telah menyediakan
pelbagai kemudahan sukan?
·
Bagaimanakah
aktiviti sukan dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di
negara kita?
·
Mengapakah
aktiviti sukan menjadikan badan kita cergas dan kuat?
·
Apakah
faedah yang diperoleh dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan?
Lampiran 3
Menulis
1.
Guru
mengedar lembaran kerja dan meminta murid menulis pendapat berdasarkan
perkataan yang diberi.
Contoh:
·
………………bola
sepak……………..kerjasama……….
·
………………boling
…………………usaha…………….
·
……………..berbasikal
……………. gigih …………..
·
……………badminton
………… berdisiplin…………..
Lampiran 4
|
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
Ilmu : PJK
Nilai : Mementingkan
kesihatan, kerjasama, disiplin, gigih
Ilmu : Celik
Kewangan.
KB : Menjana
Idea
|
|
BAHAN BANTU BELAJAR
|
Gambar beberapa aktiviti sukan
Petikan rencana
Lembaran kerja
|
|
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
Murid-murid dapat berbincang tentang faedah bersukan
dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
|
|
REFLEKSI
|
|
Lampiran 1
Nyatakan aktiviti sukan berdasarkan gambar
|
G
Lampiran 2
Baca dan fahami lampiran di bawah
Bersukan
merupakan satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat
terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, badan kita
akan lemah dan mudah diserang penyakit. Walau bagaimanapun, di negara kita, masih
banyak orang yang tidak aktif dalam sukan walaupun kerajaan telah menyediakan
pelbagai kemudahan sukan.
Bersukan ada pelbagai jenis. Antara
aktiviti sukan yang popular ialah olahraga, renang, badminton, bola sepak,
berjoging, berjalan kaki, squash dan sebagainya. Anggota badan kita akan
menjadi cergas dan kuat dengan bersukan. Justeru, kita harus melibatkan diri
dalam aktiviti sukan atau beriadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Di samping itu menerusi kegiatan
sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti bekerjasama,
sabar, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan juga
dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita.
Penyertaan dalam bidang sukan juga dapat mengisi masa
lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Bersukan dapat menghindarkan diri
kita daripada terjebak dalam gejala yang tidak bermoral seperti melepak, mencuri
dan menagih dadah. Gejala sosial ini akan merosakkan diri kita. Lantaran itu,
kita perlu menjauhi gejala sosial yang akan memudaratkan kita.
Kesimpulannya, kita haruslah
menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita. Dengan bersukan,
kita akan hidup sihat dan sejahtera. Badan yang sihat pula akan melahirkan
minda yang cerdas.
Lampiran 3
Kemukakan pendapat kamu berdasarkan soalan yang
diberi dengan menggunakan ayat yang gramatis.
1.
Mengapakah kebanyakan orang tidak aktif bersukan walaupaun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan
sukan?
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
2.
Bagaimanakah aktiviti sukan dapat mewujudkan
keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita?
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
3.
Mengapakah aktiviti sukan menjadikan badan kita
cergas dan kuat?
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
4. Apakah faedah yang diperoleh dengan melibatkan
diri dalam
aktiviti sukan?
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………
Lampiran 4
Tulis pendapat kamu mengenai sukan berdasarkan perkataan yang diberi.
1. ………………bola sepak……………..kerjasama……….
……………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..
2. ………………boling …………………menjaga kesihatan………….
……………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..
3. …………..berbasikal ……………. gigih …………..
…………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..
4. ……………badminton ………… berdisiplin…………..
…………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………..
Lampiran 5
Pilih satu daripada permainan berikut.
Kemukakan
pendapat kamu tentang gambar dipilih berdasarkan soalan yang diberi.
Bincangkan
pendapat kamu tentang:
1. Nama
permainan yang disukai / dipilih.
Permainan yang saya sukai ialah ……………………………………….
2. Mengapakah
kamu memilih permainan itu?
Saya memilih
……………………….. kerana……………………………
3. Apakah yang kamu perlu lakukan untuk menjadi
seorang pemain negara?
Jika saya menjadi seorang
pemain ……………..saya akan ……………….,, ………………………………….., dan ………………………………………
4. Berapakah bilangan pemain yang sesuai untuk
memainkan permainan itu? Pemain dalam
permainan ……………………..seramai …………………….
5. Bagaimanakah
cara untuk menjadikan negara kita juara bagi permainan tersebut? Sebagai juara,
kita sepatutnya …………………………..,
…………………………., dan …………………………………….
Comments
Post a Comment