APA ITU DTP?
PENGENALAN PROGRAM TRANSFORMASI DAERAH
1.0 TAJUK
Inisiatif PPPM #54 PROGRAM
TRANSFORMASI DAERAH
2.0 ANJAKAN
6: Mengupayakan JPN, PPD
dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
3.0 LATAR BELAKANG
Kementerian mendapati bahawa
terdapat korelasi yang tinggi dalam amalan sekolah yang meningkat dengan cepat
dan sekolah berprestasi baik. Sebaliknya terdapat perbezaan antara amalan
sekolah tersebut dengan sekolah berprestasi rendah.
Sekolah
berprestasi rendah umumnya bekerja keras dengan bilangan program yang perlu
dilaksanakan dan melaporkan bahawa mereka tertekan dan terbeban. Sebaliknya,
sekolah yang berprestasi baik, Pengetua/Guru Besar mempunyai kefahaman yang
kukuh tentang perkara penting untuk sekolah mereka, bertindak tegas dan memberi
tumpuan kepada guru dan masyarakat tentang amalan utama yang perlu
dilaksanakan.
PPD sebagai
organisasi yang paling hampir dengan sekolah akan memainkan peranan baharu
dalam menyediakan sokongan yang diperlukan oleh sekolah di bawah tadbiran
mereka.
Program Transformasi
Daerah melibatkan empat perkara yang melibatkan sokongan dan akauntabiliti.
Program Tranformasi Daerah yang melibatkan sokongan iaitu:
3.1
Mengupaya kepimpinan tempatan.
Pertukaran
peranan JPN dan PPD memberi tumpuan dalam memberi sokongan kepada sekolah dalam
daerah. PPD menjanjikan untuk:
i.
membantu pemahaman pihak sekolah dalam menghadapi cabaran dan
mengetahui punca utama cabaran tersebut;
ii.
menjadi satu badan penyelesaian masalah yang menyumbang idea untuk
menyelesaikan masalah tersebut;
iii.
memberi sokongan dan sasaran sumber kepada pihak sekolah untuk
mengatasi cabaran;
iv.
melindungi sekolah daripada beban urusan pentadbiran untuk
membolehkan pihak sekolah meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran;
dan
v.
mengenali dan mengiktiraf amalan baik di sekolah dan
menyebarkannya ke seluruh negara.
3.2
Memberi sokongan kepada organisasi yang paling memerlukan.
Sokongan dan
intervensi yang menjurus kepada sekolah didorong oleh daerah dan didaya oleh
negeri. Sokongan kepada sekolah daripada
PPD kepada guru, pengetua dan murid adalah berdasarkan dua kaedah iaitu
penyelesaian rekaan PPD, dan penyelesaian rekaan pusat.
Penyelesaian
rekaan PPD adalah berkaitan dengan isu–isu yang mempunyai kepelbagaian punca
yang tinggi serta memerlukan penyelesaian yang disesuaikan oleh pihak sekolah.
Penyelesaian untuk guru ialah jaminan
masa pengajaran dengan mengehadkan masa maksimum guru berada di luar sekolah.
Manakala penyelesaian untuk pengetua pula ialah komuniti pembelajaran profesional
yang diketuai oleh seorang pengetua yang teguh. Penyelesaian untuk murid pula
ialah melalui intervensi kehadiran dan disiplin murid.
Manakala
penyelesaian rekaan pusat adalah berkaitan dengan isu – isu yang mempunyai
kerumitan yang tinggi dan memerlukan sokongan daripada pusat untuk
penyelesaian. Penyelesaian untuk guru ialah pembimbing guru (SISC+) yang akan
meningkatkan pengenalan kurikulum baharu dan penilaian, serta membimbing guru
mengenai amalan pengajaran asas. Manakala penyelesaian untuk pengetua pula
ialah peluasan program rakan sekolah iaitu penambahbaikan melalui peranan SIPartner+
dengan memberi sokongan secara satu per satu terhadap kepimpinan pengajaran.
Penyelesaian untuk murid pula melalui
LINUS iaitu memperkenalkan program baharu iaitu Literasi Bahasa Inggeris,
dan menyemak program Bahasa Melayu iaitu proses dan kandungan pengajaran.
Program Tranformasi Daerah
yang melibatkan akauntabiliti ialah:
3.3.
Menambat akses, kualiti, dan ekuiti.
Dashboard dan
ranking baharu memberi tumpuan (JPN hingga
sekolah) kepada KPI terpenting. Hasil matriks berlandaskan akses, kualiti
dan ekuiti, manakala input matriks berlandaskan penjana untuk meningkatkan
kualiti pengajaran. Dashboard dan ranking baharu dilihat pada peringkat
nasional, negeri, daerah, sekolah dan murid bagi memastikan KPI terpenting
dicapai.
3.4.
Displin pemantauan, penyelesaian masalah, dan pengambilan
tindakan.
Dialog
pencapaian di semua peringkat adalah untuk
memastikan sekolah, daerah dan negeri boleh mencapai sasaran. Dialog
pencapaian atau dialog prestasi merupakan satu forum yang bermula dari
peringkat KPM hingga sekolah bagi membincangkan prestasi pendidikan berdasarkan
data dan fakta dan diakhiri dengan satu set tindakan konkrit yang akan dilaksanakan
oleh pihak JPN/PPD/Sekolah. Dialog ini merupakan
pemantauan daripada pihak atasan kepada pihak bawahan untuk menilai dan
memastikan penyampaian berada pada landasan yang betul. Dialog Prestasi
memastikan bahawa kitaran membuat keputusan yang dipacu oleh data berlaku di
semua peringkat.
HASRAT INISIATIF
- Hasrat 1: Menggunakan data secara
agresif
- Hasrat 2: Melindungi masa
pengajaran dan pembelajaran
- Hasrat 3: Memperhebat sokongan
kepada guru
- Hasrat 4: Menyesuaikan sokongan
dengan keperluan murid
- Hasrat 5:Memberikan keutamaan
kepada program yang menjurus kepada keberhasilan murid.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mengupayakan kepimpinan tempatan. Pegawai di Kementerian akan
mengurangkan
penglibatan secara langsung di sekolah sebaliknya
menganjakkan
tanggungjawab kepada JPN dan PPD.
5.2. PPD bertindak sebagai barisan hadapan yang menyokong
peningkatan
prestasi sekolah. PPD akan
terlibat secara langsung dengan sekolah secara lebih kerap untuk melatih,
membimbing dan memantau prestasi sekolah.
5.3 Menyediakan KPI bagi memastikan pencapaian
matlamat yang sama di
semua peringkat
daerah dan negeri.
5.4 Mewujudkan kerjasama antara sekolah
melalui perkongsian amalan terbaik.
5.5 Menetapkan pemberian sumber kepada sekolah yang paling
memerlukan.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Ketua PPD dan Pegawai
PPD serta Pengetua dan Guru Besar dalam daerah berkenaan.
7.0 KPI
ü
Rujuk kamus KPI (Charter DTP)
8.0 JAWATANKUASA DTP DAN TERMA RUJUKAN
Jawatankuasa
Teknikal DTP.
9.0 STRATEGI
PELAKSANAAN
9.1
Pemantapan pelaksanaan DTP
i.
Mesyuarat Penyelarasan Koordinator DTP Kebangsaan/ Negeri/ Daerah
ii.
Mesyuarat Problem Solving Pengurusan
Tertinggi dan Program Manager bersama PADU
9.2 Pengoperasian DTP
- Penataran DTP
·
Menyebarkan maklumat DTP
- Menyelia pengoperasian DTP
melibatkan 142 daerah
·
Sokongan Ketua PPD
·
Penetapan Target
·
SISC+ dan SIPartners+
·
Dialog Prestasi Negeri dan Daerah
·
Aktiviti PILL
iii.
Penyeliaan Dashboard dan Penyelenggaraan
·
Memastikan pengumpulan data berdasarkan indikator dashboard
·
Mesyuarat verifikasi data
·
Mesyuarat post mortem
iv.
Bimbingan pelaksanaan DTP
·
Berdasarkan data pencapaian.
·
Laporan pencapaian yang disediakan
10 KAEDAH PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN
10.1. Pengukuran KPI
i.
Menggunakan dashboard prestasi daerah; atau
ii.
Menggunakan data untuk kiraan capaian KPI.
10.2
Pemantauan Pelaksanaan DTP
i.
Instrumen pemantauan (dikeluarkan oleh BPSH, KPM)
ii.
Dialog Prestasi Nasional/Negeri/Daerah/Sekolah
11.0 TEMPOH PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan
data dilakukan setiap hari, bulan atau tahun berdasarkan KPI.
11.1
Setiap hari – kehadiran
murid, kehadiran guru
11.2
Setiap bulan – penilaian
berasaskan sekolah, lawatan Ketua PPD
11.3
Setiap tahun – pencapaian
UPSR dan SPM
-
jurang bandar luar bandar UPSR dan SPM
12.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Peruntukan
disediakan oleh PADU sebanyak RM 41,669,123.28 juta bagi pelaksanaan tahun 2015
melibatkan semua pengoperasian di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
13.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO
Dalam
melaksanakan inisiatif ini, risiko yang bakal dihadapi turut dikenal pasti. Pelan Pengurusan Risiko disediakan untuk
memastikan tindakan susulan dapat diambil oleh semua peringkat pelaksana supaya
objektif dan KPI inisiatif ini berjaya dicapai.
Comments
Post a Comment