PERANAN SISC DAN SIPartner+
PEGAWAI
SCHOOL IMPROVEMENT PARTNER PLUS (SIPARTNER+) /
RAKAN
PENINGKATAN SEKOLAH
PEGAWAI
SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACH PLUS (SISC+)/
PEMBIMBING
PAKAR PENINGKATAN SEKOLAH
3.0 PENDAHULUAN
Pegawai
SIPartner+ dan SISC+ ialah satu jawatan baharu yang diwujudkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) bagi menjayakan Program Transformasi
Daerah(DTP). Pegawai SIPartner+ dan SISC+ merupakan jawatan hakiki di Pejabat
Pendidikan Daerah(PPD). Tugas Pegawai SISC+ membantu dan membimbing guru-guru dalam
melaksanakan pedagogi yang menarik, kreatif
dan inovatif untuk memberikan impak yang
lebih berkesan terhadap pembelajaran murid. Mereka berperanan sebagai rakan
yang bersama-sama membantu menyampaikan maklumat tentang dasar-dasar kementerian
dan memperkasakan standard guru ke arah pedagogi abad ke-21. Pegawai SIPartner+
pula berperanan sebagai pembimbing kepada pengetua dan guru besar(PGB) dalam
aspek kepemimpinan dan pengurusan bagi meningkatkan
kompetensi pemimpin sekolah daripada aspek ilmu, nilai, persepsi, sikap dan
amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke-21.
3.1 RASIONAL
Pewujudan
Buku Pengurusan Pegawai SIPartner+ dan SISC+ adalah untuk dijadikan
panduan dan tindak ikut yang seragam khususnya
oleh para pegawai SIPartner+ dan SISC+ dan amnya warga pendidikan yang terlibat
dengan DTP dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing di seluruh
negara.
3.2 MATLAMAT
Meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah dan prestasi guru
daripada aspek ilmu, nilai, persepsi,sikap dan amalan ke arah transformasi
pendidikan abad ke-21.
3.3 OBJEKTIF
3.3.1 Mengupayakan
kualiti kepemimpinan dan kualiti pedagogi guru untuk mencapai KPI yang
disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) melalui intervensi yang
berterusan.
3.3.2 Meningkatkan
kompetensi PGB dan guru yang dibimbing (GDB) serta pencapaian sekolah bersesuaian
dengan keperluan sekolah.
3.4 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
3.4.1 Peranan
Pegawai SISC+:
3.4.1.1 Mengadakan
lawatan bimbingan guru di sekolah melalui pemerhatian di dalam bilik darjah dan
bimbingan GDB (secara individu atau berkumpulan).
3.4.1.2 Membantu
melaksanakan program yang diluluskan oleh pusat
sebagai fasilitator (cth: KSSR, KSSM, PBS dan LINUS).
3.4.1.3 Membuat
pelaporan kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD), mengambil tindakan
susulan dan melakukan intervensi untuk
peningkatan pedagogi GDB dan guru-guru.
3.4.2 Tanggungjawab
Pegawai SISC+:
3.4.2.1 Bimbingan
dan maklum balas secara dua hala dengan menggalakkan perkongsian ilmu kandungan
dan ilmu pedagogi antara pegawai SISC+ dengan GDB. Dengan wujudnya
persefahaman, pegawai SISC+ dapat membimbing GDB dengan lebih berkesan.
3.4.2.2 Pegawai
SISC+ melakukan pemerhatian serta memberi sokongan kepada GDB dan tidak
bersifat penilaian prestasi agar proses pembelajaran dan pengajaran(p&p) GDB
lebih efektif di dalam kelas. Pegawai SISC+ berperanan sebagai pembimbing
manakala guru yang dipilih adalah sebagai guru yang dibimbing(GDB).
3.4.2.3 Pegawai
SISC+ membuat pelaporan kepada KPPD. Tindakan susulan dan intervensi dilakukan
terhadap GDB dan guru-guru, contohnya melalui Komuniti Pembelajaran Profesional(PLC).
3.4.3 Peranan
Pegawai SIPartner+
3.4.3.1 Mengadakan
lawatan bimbingan PGB di sekolah untuk pemerhatian dan bimbingan terhadap pengurusan
sekolah.
3.4.3.2 Membimbing
PGB melaksanakan program yang diluluskan oleh pusat (cth: KSSR, KSSM, PBS dan
LINUS).
3.4.3.3 Membimbing
PGB dalam menyelesaikan masalah dan melaksanakan intervensi serta membuat
pelaporan kepada KPPD untuk tindakan susulan dan intervensi.
3.4.4 Tanggungjawab
Pegawai SIPartner+.
3.4.4.1 Melaksanakan bimbingan PGB.
3.4.4.2 Membimbing
PGB mengenal pasti isu-isu pengurusan dan kepemimpinan serta merangka program
intervensi yang bersesuaian.
3.4.4.3 Membimbing PGB dalam pembangunan
profesionalisme diri.
Comments
Post a Comment