MAKLUMAT BERKAITAN DENGAN PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK
Arahan:
Baca maklumat yang diberikan dan bina sebuah karangan lengkap dengan menyatakan contoh-contoh yang terkini.Tajuk karangan ialah...
PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK KANAK
Baca maklumat yang diberikan dan bina sebuah karangan lengkap dengan menyatakan contoh-contoh yang terkini.Tajuk karangan ialah...
PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK KANAK
Marcapada
ini, sering meniti dari bibir ke bibir seantero rakyat Malaysia mengenai KES
penderaan kanak-kanak yang semakin mencatatkan angka yang membimbangkan.
Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Media massa tidak pernah terlepas
daripada memaparkan isu penderaan yang sering dilakukan oleh ibu bapa kandung
anak itu sendiri. Mengapakah fenomena ini berlaku? Wajarkah kita menyalahkan
anak-anak yang tidak tahu apa-apa dalam hal ini? Terdapat beberapa faktor yang
boleh kita kaitkan dengan kes penderaan kanak-kanak. Tekanan di tempat kerja
merupakan salah satu pemangkin berlakunya KES penderaan kanak-kanak. Bagi ibu
bapa yang bekerja, mereka pastinya menghadapi tekanan di tempat kerja. Ibu bapa
yang tidak dapat mengawal emosi mereka akan menjadikan anak-anak sebagai medium
melepaskan geram dan tekanan yang mereka hadapi. Ibu bapa yang tidak berfikir
panjang berisiko tinggi melakukan kes penderaan ke atas anak-anak seperti
menerajang, mencucuk puntung rokok atau sebagainya. Patutkah anak-anak yang
tidak berdosa ini diperlakukan seperti binatang? Tepuk dada tanyalah selera.
Kes
penderaan kanak-kanak turut ditunjangi oleh faktor tekanan ekonomi yang
dihadapi oleh para orang tua. Kes hidup yang semakin meningkat pada masa ini,
memaksa golongan ini berhutang demi memastikan kelangsungan hidup seisi
keluarga. Masalah yang kewangan sering berlaku menyebabkan para ibu bapa berasa
terbeban. Semua ini dilepaskan kepada sang kecil yang saat itu membutuhkan
kasih sayang daripada kedua-dua insan mulia ini. Keadaan ini pasti menyedihkan
sesiapa sahaja yang mendengar kes penderaan ini. Anak yang sepatutnya diberi
perlindungan dan dibelai oleh ibu bapa, kini menjadi mangsa sepak terajak
mereka yang terbeban dengan krisis kewangan yang dihadapi. Kurangnya didikan
gama dalam kalangan ibu bapa turut menyumbang kepada berlakunya masalah
penderaan kanak-kanak. Ilmu agama merupakan tunggak utama yang menjamin kepada
keutuhan serta perpaduan sesebuah institusi kekeluargaan.
Ia juga memberi panduan yang terbaik dalam
menguruskan keluarga. Bengkok bayang bengkoklah batangnya. Kedangkalan ilmu
agama akan menyebabkan sesebuah keluarga itu dipandu dengan cara yang
kontra dengan didikan agama. Hal ini yang menyebabkan terdapat segelintir ibu
bapa yang menghukum anaknya sehingga meninggalkan kesan seperti luka, lebam dan
mungkin juga berlaku pendarahan dalam otak. Di sini kita dapat lihat betapa
didikan agama mementaskan peranan yang signifikan dalam kehidupan seharian
kita. Intihanya, penderaan kanak-kanak merupakan suatu tindakan yang keji dan
sangat ditegah oleh mana-mana agama pun. Semua pihak harus bekerjasama
menggalas obligasi membendung fenomena ini demi mewujudkan masyarakan madani
menjelang tahun 2020. Kanak-kanak hari ini harus dipelihara dan diberikan
sepenuh perhatian keranan mereka merupakan aset dan pewaris negara yang akan
menerajui tampuk kepimpinan negara di hari muka. Oleh itu, hargailah anugerah
Ilahi yang tidak ternilai ini.
Comments
Post a Comment