ANTOLOGI ( MINGGU 23 ) CERPEN DENDAM
ARAHAN:Salin semua maklumat cerpen yang diberikan.
SINOPSIS
DENDAM
Cerpen ‘Dendam’
ini mengisahkan hubungan kekeluargan antara kakak, adik, ibu dan ayah.
Kakak dengan gelarannya Along amat membenci adiknya Angah yang mengoyakkan buku
latihan Fizik yang baru dibelinya. Sebelum itu adiknya pernah menconteng buku
latihan Kimia dan Geografi sehingga didenda oleh gurunya Puan Maria. Along
sangat berang dan marah dengan adiknya Angah sehingga sanggup menampar pipi
adiknya. Selain itu Along juga menolak adik sehingga terjatuh. Ketika Angah
ingin mengadu kepada ibunya Along menjeling menyebabkan Angah tidak sempat
untuk mengadu.Ketika selesai makan malam ayah mengamuk kerana kertas kerjanya
telah dikoyakkan oleh adik. Ayah memarahi Along kerana tidak menjaga adiknya
dan melarang dari memasuki bilik bacaan ayah. Along cuba mempertahankan diri
mengatakan itu perbuatan Angah. Ibu tetap memarahi Along walaupun pelbagai
alasan yang diberikan sehingga ibu melabelkan Along biadap. Ayah hanya
mendiamkan diri ketika ibu dan Along berhujah. Along cuba memasang perangkap
untuk mengenakan adiknya.Satu lagi peristiwa yang menyebabkan kemarahan ibu
meluap-luap apabila rantai pusaka keturunannya putus. Ibu menuduh Along yang
menyebabkan rantai itu putus tapi Along menafikannya. Along menuduh Angah yang
menyebabkan rantai itu putus. Angah yang sering mengoyakkan kertas kerja ayah
dan kemungkinan Angah juga yang memutuskan rantai ibu. Ayah mengamuk dan
merotan Angah dengan menggunakan tali pinggang. Teriakan dan raungan Angah
bergema di seluruh rumah.Along kesian mendengar raungan Angah kerana Along
sendiri tidak pernah dipukul sebegitu. Sepanjang hari Along tidak mendengar
suara tawa nakal Angah. Apabila malam larut Along memasuki kamar Angah yang
sedang lena tidur. Along menyelak baju kurung Angah dan kelihatan garis-garis
merah dan biru kesan daripada pukulan menggunakan tali pinggang oleh ayah.
Along kesian dan sedih melihat keadaan Angah. Akhirnya Angah mengatakan bahawa
dia menyimpan rahsia orang yang memutuskan rantai ibu. Along memeluk
Angah kerana rasa terharu dan menyedari kasih sayang antara adik beradik.
Tema :
Konflik kekeluargaan merenggangkan hubungan
kekeluargaan. Hubungan Along, Angah, ibu dan abah renggang kerana sedikit
pertentangan. Along marah kepada abah dan ibu kerana sering menyebelahi Angah.
Persoalan :
1. Persoalan hubungan
kekeluargaan.
Contoh: Hubungan yang ditunjukkan oleh watak-watak
di dalam cerpen ini terutama ketika makan. Mereka
sekeluarga selalu makan bersama-sama.
2. Persoalan
kebencian kepada adik.
Contoh: Along sangat membenci adiknya yang sering
menconteng dan mengoyakkan buku latihannya
sehingga dimarahi gurunya.
3. Persoalan kasih sayang antara
adik dan kakak.
Contoh: Pada akhir cerita Along dan Angah saling berpelukan
menandakan kasih sayang antara kedua beradik tersebut.
Plot :
Permulaan Cerpen ini
dimulakan dengan Along marah apabila buku latihan Fiziknya yang baru dibeli
semalam terconteng dan terkoyak oleh Angah adiknya. Sewaktu pulang bercuti dulu
buku kerja Kimia menjadi mangsa. Along terpaksa mengorek tabung arnab untuk
membeli buku teks Geografi tetapi telah dikoyak dan diconteng oleh Angah. Along
memarahi Angah kerana perbuatannya dengan menampar pipi adiknya hingga terjatuh
di atas sofa lalu menangis. Perkembangan Semasa hidangan makan malam ayah
merungut dan memarahi Along kerana membiarkan Angah masuk ke bilik bacaan
ayah dan merenyuk dan mengoyakkan kertas kerja Ayah. Kemarahan ayah begitu
lahap oleh api dendam yang membara. Along cuba untuk membela diri dengan
mengatakan bukan dia yang melakukan. Along juga merungut kerana setiap
kesalahan adik akan ditanggung olehnya. Along memohon agar ayah dan ibu
bersikap adil padanya. Ayah dan ibu tetap memarahi Along, kerana dia adalah
kakak. Along juga melawan kata-kata ayah dan ibunya. Ibu mengatakan Along
biadap kerana melawan cakap orang tua. Manakala ayah membisu mendengar
pembelaan daripada Along. Kemuncak kemarahan , Along menghalau adiknya dari
ruang tamu. Klimaks Klimaks cerpen ini apabila rantai mutiara ibu putus. Ibu
mengamuk kerana terlalu menyayangi rantai pusaka turun temurun itu. Ayah cuba
menenangkan ibu untuk membetulkan semula rantai yang putus tetapi tidak
dihiraukan oleh ibu. Along tidak mengaku memutuskan rantai ibu dan menuduh
Angah yang memutuskannya. Angah disebat dengan tali pinggang oleh ayah.
Peleraian Along memasuki kamar Angah dan simpati terhadap adiknya. Angah
menyelak baju kurung dan kelihatan garis-garis merah dan biru kesan daripada
sebatan tali pinggang ayah. Along memohon kemaafan daripada Angah dan
mereka berpelukan. Akhirnya, Along sedar adiknya memerlukan kasih sayang dan
perhatiannya.
Teknik Penceritaan
2. Imbas kembali.
Contoh: Along teringatkan kisah adiknya mengoyakkan buku Geografi dan
Kimianya pada cuti yang lalu.
3. Monolog dalaman.
Contoh: Oh Tuhan! Kejamkah aku? Adilkah aku
terhadap Angah? Watak dan Perwatakan : Along Cepat meradang
terutama kepada adiknya. Sering memarahi adiknya yang melakukan
kesalahan. Membenci adiknya kerana sering melakukan kesalahan.
Pernah disekat wang saku perbelanjaannya ke sekolah gara-gara perbuatan adiknya
yang mengoyakkan wang ayahnya. Angah Gelaran Hantu Kecil yang diberikan
oleh Along. Berwajah comel. Suka mengoyakkan kertas, buku, dan
majalah. Wajahnya pucat apabila dimarahi. Buah hati ibu. Abah
Seorang yang tegas. Memukul adik dengan tali pinggang. Emak
Suka menyebelahi adik. Mempercayai telekan bidan mengatakan Angah
membawa tuah. Bersikap garang kepada Along. Latar :
Masa
1. Malam Contoh:
Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran ayah merungut-rungut marah
akan sesuatu.
2. Tengah hari.
Contoh: Tengah hari, petang berterusan hingga malam, hatiku kosong tanpa suara
tawa nakal Angah.
Tempat
1. Ruang tamu Contoh:
Along memarahi dan menampar adiknya kerana mengoyakkan buku
latihannya.
2. Di rumah
Contoh: Keseluruhan peristiwa berlaku di rumah.
3. Di meja makan
Contoh: Ayah merungut-rungut marah akan sesuatu selepas selesai makan
malam.
4. Di katil
Contoh: Along menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Angah.
Masyarakat
1. Masyarakat Pelajar
Contoh: Dapat dilihat pada watak Along yang bercuti dari asrama . Juga buku
latihan sekolahnya diconteng dan dikoyakkan oleh adik.
2. Masyarakat Guru
Contoh: Dahulu, Puan Maria, Guru Kimia yang mengajar Along mendenda Along
kerana buku latihannya dikoyakkan oleh adik.
3. Masyarakat Pengamal
Undang-Undang Contoh: Ayah mereka bekerja sebagai Hakim. Along meminta ayahnya
supaya adil dalam menjatuhkkan hukuman kepadanya.
Gaya Bahasa :
1. Sinkope Contoh:
Ah, sakit hatiku melihat senyumannya. (Singkatan kata ku ) Dan
tanpa kusedari, tanganku ringan saja menyinggahi pipinya itu.
2. Kata Ganda
Contoh: Selesai menikmati hidangan malam. Kedengaran
ayah merungut-rungut marah akan sesuatu.
3. Peribahasa
Contoh: Berat
sebelah,tebal muka, menagih kasih.
4. Metafora
Contoh: Penjuru
hatiku, api dendam, keluhanku bertaburan, putik-putik dendam.
5. Personifikasi
Contoh: Hatiku dijurus lahar beracun.
6. Antomomisia
(memperlihatkan sifat sesaorang) Contoh: Hantu kecil
7. Totologi
(Perulangan untuk penegasan) Contoh: Benci. Aku
benci.
Nilai :
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Baru aku sedar sekarang aku ada seorang adik yang memerlukan
kasih sayang dan perhatianku.
2. Nilai berdikari
Contoh: Along berdikari dengan membeli sendiri buku Geografinya yang
dikoyakkan oleh Angah dengan menggunakan wang simpanan tabungnya.
3. Nilai hemah tinggi
Contoh: Walaupun dalam api kemarahan, Along masih menggunakan kata-kata
yang baik untuk tidak bersetuju dengan pendapat ibu dan ayahnya.
4. Nilai hormat
menghormati Contoh: Angah amat menghormati kakaknya walaupun dibenci dan
ditampar oleh kakaknya.
5. Nilai kesyukuran
Contoh: Along bersyukur kerana sedar daripada kesilapannya yang amat
membenci adiknya sehinggap sanggup menampar pipi adiknya.
Pengajaran :
1. Kita harus bersabar
dengan kerenah adik kita Contoh: Apabila malam semakin larut, aku
memasuki kamar Angah, sunyi. Hatiku dilanda resah. Perlahan-lahan aku
menghampiri Angah yang sedang lena di katil comelnya.
2. Kita janganlah
mempercayai tilikan. Contoh: Syah dan ibu seakan percaya akan tilikan
bidan yang membidankan kelahiran Angah. Aku sungguh hairan melihat ayah
dan ibu masuk dalam golongan intelek, masih percaya kepada tilikan yang
mengatakan Angah akan membawa tuah kepada keluarga.
3. Kita janganlah
memperbesarkan perkara-perkara yang kecil Contoh: Perkara macam itu pun
engkau hendak besar-besarkan. Angah bukankah adik engkau.
4. Kita hendaklah mempunyai sikap
sayang menyayangi antara ahli keluarga. Contoh: Aku mengangguk sambil memeluk
dan mencium pipi Angah. Buat pertama kali ini aku aku memeluk dan mengucupinya.
5. Kita hendaklah memaafkan kesalahan
orang terhadap kita. Contoh: Along dan Angah
saling bermaafan antara satu sama lain.
Comments
Post a Comment