ANTOLOGI MINGGU 27 ( 10 OGOS HINGGA 14 OGOS 2015 )
Arahan: Salin dalam buku antologi panjang. Harap baca dan fahami sebelum sesi pengajaran di dalam kelas.
Tema :
Raja Muda
Sinopsis :
Cerita bermula dengan suasana kecoh apabila Raja Muda didapati
hilang dari rumah Nenek Kebayan. Nenek Kebayan cemas kerana insiden itu boleh
mengakibatkan dirinya dibunuh. Dalam masa yang sama, persiapan sedang dilakukan
untuk mengahwinkan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri di negeri
Tanjung Bunga Kembang Sekaki. Majlis itu diraikan secara besar-besaran dan
penuh adat istiadat.
Perkahwinan itu dihidu oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba yang sudah sebulan
kembali ke kayangan. Tuan Puteri Bidadari Segerba pun pergi ke mahligai Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri lalu menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan Sultan
Muda untuk bernikah lagi. Raja Muda menjelaskan sebab-sebab baginda bernikah
dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri melalui syairnya. Setelah
berkenal-kenalan dengan Permaisuri Kaca Bertuang dan Tuan Puteri Kuntum Ratna
Suri, Tuan Puteri Bidadari Segerba memaklumkan bahawa dia sedang mengandung
enam bulan. Sebagai tanda muafakat,Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup
memberikan kandungannya itu kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri. Tuan Puteri
Kuntum Ratna Suri bersetuju lalu baginda pun memakan sepah sirih lebihan
Tuan Puteri Bidadari Segerba. Dengan kuasa Tuhan,kandungan dalam perut Tuan
Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
Setelah kejadian itu, mereka berdua saling berjanji untuk tidak berjumpa selama
beberapa tahun.
Setelah cukup tempoh 12 bulan,pada waktu tengah hari bersamaan dengan hari
Selasa, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri pun sakit hendak bersalin. Sultan Muda
pun menyeru isterinya Tuan Puteri Bidadari Segerba di kayangan supaya turun
menyaksikan kelahiran anak itu. Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri selamat
melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang sihat. Bayi itu lahir dengan
diiringi sebelah pedang pada setiap tangan kiri dan kanan. Bayi itu diberi nama
Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan. Satu majlis kesyukuran sempena
menyambut kelahiran itu diadakan. Sultan Muda juga memerintahkan Perdana
Menteri membuat sebuah balai pancalogam 12 tingkat di tengah Tasik Mendam
Berahi untuk dijadikan tempat mandi puteri yang baru lahir itu dan membuat
sebuah khemah di tengah Padang Biram Kemala untuk dijadikan tempat bermain.
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri semakin sihat tetapi bayinya tidak
menangis, tidak mahu makan dan minum. Hal ini membimbangkan seluruh istana
tetapi keadaan menjadi reda setelah Tuan Puteri Bidadari Segerba menjelaskan
bahawa keadaan tersebut memang sifat semula jadi anak tersebut.
Pada hari yang telah ditetapkan Sultan Muda membawa puterinya mandi di Tasik
Mendam Berahi. Semua persiapan yang diarahkan telah disiapkan. Tuan Puteri
Kuntum Ratna Suri dan bondanya membawa Puteri Renik Jintan ke balai
pancalogam di tengah-tengah tasik Mendam Berahi untuk dimandikan dengan penuh
upacara. Turut diadakan adalah adat ‘turun tanah’ iaitu memijakkan kaki puteri
itu ke atas tanah dan kemudiannya ke atas emas serta perak.
Selesai upacara itu, anak-anak raja pun bersuka ria dengan pelbagai jenis
permainan. Pada sebelah malamnya pula,Sultan Muda membawa isterinya
bermain-main di atas pasir yang berkilat dan kemudiannya menyaksikan permainan
‘Doh Besar’, ‘Lang-lang Aji Buntut’ dan ‘cekur-cekur Puyuh’. Tuan Puteri Kuntum
Ratna Suri turut sama bermain permainan ‘Doh Besan’ kerana terlalu
seronok. Suasana sungguh meriah sehinggalah larut malam dan semua
permainan dihentikan. Keesokannya, kenduri diadakan dengan menyembelih
kerbau, bacaan doa selamat dan doa tolak bala. Sultan muda bersama-sama
pengiringnya berangkat kembali ke kota keesokannya.
Tema :
Cerita ini mengetengahkan tema tentang suka-duka pengalaman
hidup Raja Muda atau Sultan Muda. Baginda mengharungi pelbagai peristiwa
seperti ditinggalkan isteri, bernikah lain dan meraikan kelahiran puterinya.
Persoalan :
1. Persoalan Kasih sayang dalam sesebuah
keluarga.
Dalam hal ini kekanda berenam begitu menyayangi saudara bongsu
mereka dengan turut sama meraikan kelahiran Puteri Renik Jintan.
2. Persoalan
Pernikahan yang tidak direlakan.
Pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri
sebenarnya tidak direlakan oleh Tuan Puteri Bidadari Segerba.
3. Persoalan
semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu kesukaran.
4. Persoalan
sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain.
Dalam hal ini Tuan Puteri Bidadari Segerba sanggup memindahkan
kandungannya yang berusia enam bulan ke dalam perut Tuan Puteri Kuntum Ratna
Suri selepas peristiwa pernikahan Sultan Muda dengan Tuan Puteri Kuntum
Ratna Suri.
5 5. Persoalan
kegembiraan menyambut kelahiran seorang bayi.
6 6. Persoalan
Temasya untuk meraikan kedatangan seorang ahli baru dalam sesebuah keluarga.
Watak dan Perwatakan :
Watak Utama
Raja Muda (Sultan Muda Gempita Sakti)
·
Berkahwin dua.
·
Suami kepada Tuan Puteri Dayang Segerba dan Tuan Puteri Kuntum
Ratna Suri.
·
Ayahanda kepada Puteri Renik Jintan.
·
Baginda seorang yang penyayang. Buktinya baginda menyambut
kelahiran puterinya dengan segala macam persediaan seperti mengadakan tempat
untuk bersiram di Tasik Mendam Berahi.
·
Baginda juga seorang yang bersifat pemurah. Baginda telah
mengadakan kenduri dengan menyembelih kerbau untuk pengikutnya.
·
Baginda seorang yang menjalankan perintah agama. Sebagai contoh
baginda telah mengiqamatkan puterinya yang baru lahir.
Watak Sampingan
Tuan Puteri Bidadari Segerba
·
Berasal dari kayangan.
·
Anak kepada Maharaja Indera Dewa.
·
Merupakan isteri kepada Raja Muda.Seorang yang berbudi bahasa.
Sebagai contoh, dia pergi menghadiri majlis pernikahan Tuan Puteri Kuntum Ratna
Suri dan bersalam-salaman dengan bondanya, Permaisuri Kaca Bertuang.
·
Beliau juga seorang yang cekal menerima takdir hidup bahawa
suaminya berkahwin lain sewaktu beliau berada di kayangan.
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri
·
Anakanda kepada Sultan Sedar Alam dan Permaisuri Kaca
Bertuang.
·
Baginda dinikahkan dengan Sultan Muda.
·
Isteri kedua Sultan Muda.
·
Seorang yang berfikiran tebuka apabila sanggup mencemar duli
untuk turun bermain bersama-sama dalam permainan ‘Doh Besar’.
·
Seorang yang mengamalkan sikap muafakat apabila sanggup menerima
kandungan dari dalam perut Tuan Puteri Bidadari Segerba berpindah ke dalam
perutnya.
Tuan Puteri Renik Jintan Seri Kemala Keinderaan
·
Anak perempuan kepada pasangan Sultan Muda dan Tuan
Puteri Kuntum Ratna Suri. Sewaktu berada dalam kandungan Tuan Puteri
Bidadari Segerba berusia enam purnama, Tuan Puteri telah dipindahkan ke dalam
kandungan perut ibunya, Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
·
Tuan Puteri sangat disayangi oleh seluruh ahli keluarga dan
istana.
·
Namanya itu diberikan oleh nendanya.
Gaya Bahasa :
1. Kata
ganda
Bersuka-sukaan,
bermaaf-maafan, dipeluk-peluk, dicium-cium
2. Personifikasi
Serai beranak di atas dapur.
3. Bahasa
istana
Bersemayam, bersantap
4. Inversi
Tidak sedap rasa hati
Sudah kakanda berperi
5. Simile
Betapa padannya puteri itu bersanding dengan Sultan Muda laksana Sargandi
dengan Sang Rajuna seorang puteri yang sangat elok rupanya laksana bulan
penuh purnama empat belas
6. Bahasa
klasik
Gahara, leta
7. Bahasa
Arab
Mengkamatkan, kiblat
Latar :
Latar Masa
Pada
waktu malam
Raja Muda mengajak isterinya bermain pasir di Tasik Mendam
Berahi.
Pada hari
Selasa waktu tengah hari.
Pada waktu ini Tuan Puteri Renik Jintan dilahirkan.
Pada
waktu pagi.
Pada waktu ini, berlaku kekecohan di rumah Nenek Kebayan kerana
Raja Muda menghilangkan diri.
Latar Tempat
Di negeri
Tanjung Bunga Kembang Sekaki.
Di sinilah dilangsungkan majlis penikahan Sultan Muda dengan
Tuan Puteri Kuntum Ratna Suri.
Di
kayangan.
Merupakan tempat asalnya Tuan Puteri Bidadari Segerba.
Di rumah
Nenek Kebayan.
Raja Muda tinggal di sini sebelum menghilangkan diri untuk pergi
bernikah.
Tasik
Mendam Berahi.
Di sini telah dibina sebuah astaka pancalogam 12 tingkat yang
merupakan tempat bersiram Tuan Puteri yang baru lahir.
Padang
Biram Kemala.
Di tengah-tengah padang ini dibina sebuah khemah tempat beradu
Raja Muda. Padang ini juga dijadikan tempat anak-anak raja bermain ‘Doh
Besan’, anak-anak pembesar bermain ‘Lang-lang Aji Buntut”.
Latar Masyarakat
Latar
masyarakat zaman feudal
Rakyat diperintah oleh raja dan mereka mesti mematuhi titah
raja. Buktinya, Perdana Menteri menjalankan arahan Sultan untuk mendirikan
astaka dan khemah di Padang Biram Kemala.
Latar
masyarakat yang mementingkan adat dan upacara.
Raja Muda menjalankan
upacara ‘memijak tanah’ untuk puterinya.
Latar
masyarakat yang berbudi bahasa
Latar
masyarakat yang amanah kepada tugas
Perdana Menteri menjalankan tugasnya membina pancalogam 12
tingkat dan khemah tempat bersiram dan tempat permainan Puteri Renik Jintan.
Latar
masyarakat yang ahlinya sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain
Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari sanggup menerima kandungan Tuan
Puteri Bidadari Segerba
Latar
masyarakat yang mengamalkan unsur-unsur Islam
Raja Muda yang mengadakan majlis kesyukuran demi menyambut
kelahiran puteri baginda.
Nilai :
1. Nilai
kasih sayang
Raja Muda yang begitu kasihkan puterinya hingga sanggup membina
pancalogam 12 tingkat dan khemah sebagai tempat bersiram dan tempat permainan
puterinya itu.
2. Nilai
redha kepada takdir
Tuan Puteri Bidadari Segerba yang reda dengan perkahwinan kedua
Raja Muda kepada Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari
3. Nilai
saling menghormati
Kedua-dua isteri Raja Muda saling menghormati keputusan
masing-masing untuk tidak berjumpa selama setahun.
Pengajaran :
1. Kita
hendaklah menjalankan tugas dengan amanah agar tidak menimbulkan masalah pada
masa akan datang.
2. Kita
mestilah memberikan semangat dan dorongan kepada orang yang sedang sakit atau
dalam kesusahan.
3. Kita
perlulah memohon maaf jika melakukan kesalahan agar tidak menimbulkan syak atau
menyakiti hati orang lain.
4. Kita
hendaklah menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru dengan penuh kegembiraan
dan kesyukuran.
5. Seorang suami perlu memaklumkan kepada
isterinya sekiranya hendak berkahwin lagi supaya tidak berlaku salah faham.
DISEDIAKAN OLEH:
HAMSIAH BINTI JUKI
Comments
Post a Comment