MINGGU 31 ( 1 SEPTEMBER HINGGA 5 SEPTEMBER ) WARKAH KEPADA GENERASI
Arahan: Salin dalam buku Antologi sebelum sesi pembelajaran pada minggu 31.
WARKAH KEPADA GENERASI
(Amiruddin Md Ali Hanafiah)
MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak
menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup
pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di
negara yang merdeka.
Rangkap 2
Penyajak
mengingatkan generasi muda yang berilmu bahawa negara yang didiami oleh mereka
sekarang merupakan hasil perjuangan nenek moyang mereka yang berusaha
mendapatkan kemerdekaan negara.
Rangkap 3
Penyajak
mengakhiri pesanannya agar kita semua tidak melupakan sejarah negara.
TEMA
Sajak ini
mengemukakan tema peringatan dan pesanan kepada golongan muda/generasi sekarang
tentang sejarah kemerdekaan negara.
PERSOALAN
1. Persoalan
generasi muda yang bertuah kerana dapat hidup di sebuah negara yang merdeka.
2. Persoalan
kemerdekaan negara merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan nenek moyang
kita.
3. Persoalan
kepentingan sejarah kemerdekaan negara.
GAYA BAHASA
1. Metafora
tanah
merdeka (Rangkap 1, baris 5)
istana
merdeka (Rangkap 2, baris 5)
akar sejarah (Rangkap
3, baris 2)
2. Sinkope
ingin kuingatkan:
jangan biarkan akar sejarah (Rangkap 3, baris 2)
3. Asonansi
dengan
keberanian sebagai bangsa bermaruah. (Rangkap 1, baris 4)
pengulangan
vokal ’a’
4. Aliterasi
tercabut dari
bumi bertuah ini. (Rangkap 3, baris 3)
pengulangan
konosonan ‘t’.
NADA
Sajak ini
bernada patriotik.
BENTUK
1. Sajak
ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Rima
akhir bebas.
3. Jumlah
baris serangkap bebas
Contohnya :
Rangkap 1-5 baris, Rangkap 2 – 5 baris dan Rangkap 3 – 3 baris).
4. Jumlah
perkataan sebaris adalah antara dua hingga tujuh patah kata.
5. Jumlah
suku kata sebaris adalah antara tujuh hingga enam belas suku kata.
NILAI
1. Nilai
kesyukuran
Penyajak
mengajak generasi muda bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara.
2. Nilai
pengorbanan
Nenek moyang
kita sanggup berkorban demi mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah.
3. Nilai
cinta akan negara
Semangat
cinta akan negara amat penting dalam diri seseorang agar kita sama-sama dapat
berusaha untuk memajukan negara.
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah menghargai nikmat kemerdekaan negara agar kita tidak lupa untuk
mempertahankannya.
2. Kita
perlulah sanggup berjuang dan berkorban demi kemerdekaan negara.
3. Kita
seharusnya sedar betapa pentingnya kemerdekaan kepada negara agar negara kita
tidak lagi dijajah pada kemudian hari.
4. Kita
janganlah lalai dengan nikmat dan kesenangan yang kita nikmati selama ini
kerana kelalaian tersebut boleh menyebabkan kita kembali dijajah oleh musuh.
Disediakan oleh:
Puan Hamsiah binti Juki
25 Ogos 2015
Comments
Post a Comment