TATABAHASA MINGGU 31 ( KATA PENGUAT )
Arahan: Salin dalam buku nota tatabahasa sebelum minggu ke 31.
KATA PENGUAT
KATA PENGUAT
1. Kata
Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata
penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling
|
Agak
|
Sungguh
|
Amat
|
Terlalu
|
Nian
|
Benar
|
Paling
|
3. Kata
penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata
penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5. Kata
penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau
selepas kata adjektif.
Contoh
1. Murid
yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2. Pemandangan
di tepi pantai itu sungguh indah.
3. Suhu
di kawasan kutup amat sejuk.
4. Kereta
api itu sangat laju.
5. Kereta
itu laju sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata
yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian
yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah
|
-lah
|
-tah
|
jua
|
Juga
|
Sahaja
|
Hanya
|
Memang
|
Lagi
|
pun
|
|
|
Contoh
1. Itulah
rumah saya.
2. Pernahkah
awak makan sup daging arnab.
3. Apatah
dayaku untuk menolongnya.
4. Kucing
itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5. Hanya
Kamal yang belum membayar yuran.
6. Dia
seorang sahaja yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
1. Kata
nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat
dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata
nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki
yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b) Baju
ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata
nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak
di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai
di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata
nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu
tidak setara.
Contoh
a) Budak
itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing
itu bukan garang tetapi suka bermanja.
Kata Pemeri
1. Kata
Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam
prediket.
2. Terdapat
dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata
pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4. Kata
pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Perempuan
yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza
adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Tarikh
tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
Disediakan:
Puan Hamsiah binti Juki
Pada :25 Ogos 2015
Comments
Post a Comment