MINGGU 33 ( 14 SEPTEMBER ) SAJAK BURUNG-BURUNG PAGI
Fahami dan sajak dalam buku antologi.
BURUNG-BURUNG PAGI
(A.Wahab Ali)
Kau telah bangun
Mengirai sayapmu
Entah siul keberapa kau nyayikan
Membuka mataku
Aku bangun
Masih kuap sekali di pintu
Dan setompok cahaya matahari di dadaku
Kerjaku sudah menanti
Kulihat kau mematuk pasir pertama
Melintas kota tandus dari pepohon
Apakah ada ulat-ulat lemak bagimu
Atau secebis roti busuk
Dan remah anak-anak sekolah
Rezekimu
Bagiku kota ini terlalu sempit bagimu
Tapi yang hanya
Sejemput daging
Begitu yakin dengan
Sayapmu yang kecil
MAKSUD SAJAK
Rangkap
1
Kemunculan
golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah
menyedarkan penyajak.
Rangkap
2
Pada ketika
itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.
Rangkap
3
Penyajak
memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota.
Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit
rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut
tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.
Rangkap
4
Namun
penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan
kemampuan mereka walaupun serba kekurangan.
TEMA
Sajak ini
mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di sebuah kota – Golongan
pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi
untuk mendapatkan makanan.
PERSOALAN
1. Persoalan
kegigihan mencari rezeki iaitu golongan pengemis keluar pada awal pagi untuk
mencari rezeki.
2. Persoalan
keprihatinan iaitu penyajak tergerak hati untuk memikirkan nasib
golongan pengemis di kota tersebut.
3. Persoalan
keyakinan diri, golongan pengemis yakin dengan diri mereka untuk terus mencari
rezeki di kota tersebut.
BENTUK
1. Sajak
ini terdiri daripada empat rangkap.
2. Rima
akhir bebas.
3. Jumlah
baris bebas.
Contohnya :
Rangkap 1, 2 dan 4 - 4 baris, Rangkap 3 – 7 baris
4. Jumlah
perkataan sebaris antara satu hingga enam patah kata.
5. Jumlah
suku kata sebaris antara empat hingga lima belas suku kata.
GAYA BAHASA
1. Kata ganda
Apakah
ada ulat-ulat lemah bagimu (Rangkap 3, baris 3)
2. Sinkope
Kulihat kau
mematuk pasir pertama (Rangkap 3, baris 1)
3. Asonansi
Dan
remah anak-anak sekolah (Rangkap 3, baris 5)
Pengulangan
vokal ’a’
4. Aliterasi
membuka mataku (Rangkap
1, baris 4)
NADA
Sajak ini
bernada sinis
NILAI
1. Nilai
keprihatinan
Prihatin
dengan nasib golongan pengemis di kota.
2. Nilai
kegigihan
Pengemis
berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.
3. Nilai
keyakinan
Golongan
pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.
PENGAJARAN
1. Kita
hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya
penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.
2. Kita
hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golongan pengemis
keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.
3. Kita
seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakin dengan
kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.
Comments
Post a Comment