BAB 20 MENITI IMPIAN
BAB 20:Tiada kemesraan
Zahar sudah dapat menyesuaikan diri setelah mengikut latihan selama dua minggu di kilang tersebut walaupun dia dapat merasakan perbezaan suasana kerja dengan suasana semasa menuntut ilmu di IKM.Sikap Zahar yang merendah diri dan senang didekati menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya.Zahar dikejutkan dengan kehadiran tergesa-gesa Encik Manaf yang memberitahu bahawa Penolong Ketua Unit Pemasaran hendak berjumpa dengannya.Dia tertanya-tanya kenapa dia dipanggil dan dia berharap agar pegawai itu semesra dan semanis Miss Ooi.Pertemuan dengan Suhaili mengejutkan Zahar yang selama ini mengetahui bahawa Suhaili bertugas di Petaling Jaya.Suhaili sedar Zahar yang ada di hadapannya tidak sama dengan Zahar yang dikenalinya dulu.Tawaran Suhaili untuk membantu Zahar menjadi pekerja di situ jika prestasinya baik bukanlah sesuatu penawar yang menyejukkan sebaliknya dirasakan seperti api yang memanaskan cuping telinga Zahar.Zahar memberitahu bahawa dia ingin berjaya dengan usaha dan titik peluhnya sendiri tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.Menurut Zahar lagi,tiada gunanya berjawatan tinggi dan bergaji lumayan tetapi hati rasa terkongkong.Dia mengingatkan Suhaili bahawa arah perjalanan hidup mereka sudah berbeza kerana mereka sudah tidak lagi sama haluan.Ketegasan Zahar meninggalkan Suhaili dalam keadaan termangu-mangu.

Comments
Post a Comment