DRAMA: MAHKAMAH
DRAMA MAHKAMAH
SINOPSIS
Latar tempat drama adalah di mahkamah.Dalam kes yang pertama Bulat bin Leper selaku tertuduh, didakwa menyebabkan kematian seorang nenek tua.Pada 10 januari 1988 antara pukul 8 pagi hingga 9 pagi,tertuduh telah menyebabkan seorang nenek tua tergelincir dan jatuh apabila terpijak kulit pisang yang dicampak oleh tertuduh di jalan raya.Kejadian itu menyebabkan pinggang nenek patah dan dia mati dalam perjalanan ke hospital.
Bulat bin Leper tidak mampu mengupah seorang peguam untuk membelanya. Jadi,dia diberikan seorang peguam percuma. Semasa perbicaraan, Bulat bin Leper tidak mengaku bersalah.Peguam Bulat bin Leper membelanya dengan mengatakan bahawa Bulat yang tidak lalu makan kulit pisang telah membuang kulit pisang itu di dalam tong sampah yang kerosakan pintu.Ekoran itu, seeokor kambing yang kurus dan kelaparan telah datang dan memakan sisa buangan di dalam tong sampah itu sehingga kulit pisang tersebut tercampak keluar ke jalan raya.Kemudian, nenek yang sedan berjoging terpijak kulit pisang dan jatuh lalu mati.
Maka, kambing kurus itu yang menyebabkan kematian nenek tua itu bukannya Bulat bin Leper.jadi, Bulat bin Leper tidak terbabit dalam kes ini.Akhirnya,hakim telah memutuskan bahawa Bulat bin Leper tidak melakukan kecuaian dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh nenek tua itu yang bernama Mak teh binti Jali, 99 tahun di Taman Gagak Putih.Hakim juga mengeluarkan perintah supaya tuan kambing itu dicari dan pintu tong sampah itu dibaiki dengan segera.Jika tiada sesiapa yang mengaku sebagai tuan kepada kambing itu, kambinmg itu akan menjadi milik pihak yang berwajib.
Mahkamah pun berehat.
Dalam kes yang kedua.Akinomoto selaku tertuduh didakwa mencuri beruk subsidi milik kerajaan malaysia dari stor JKK Ulu Dungun.Seorang penterjemah telah dipanggil untuk membantu Akinomoto.Penterjemah mengatakan bahawa Akinomoto tidak memahami makna beruk subsidi. Pendakwa raya menerangkan maksudnya dalam bahasa Inggeris tetapi Akinomoto semakin tidak faham dan meminta pihak pendakwa raya supaya menggunakan bahasa Melayu.Akhirnya, Akinomoto memahami makna istilah beruk subsidi. Dia kemudiannya mengaku bersalah.Mahkamah dimaklumkan bahawa ibu beruk sudah hamil.
Akinomoto ingin memulangkan ibu beruk itu tetapi mahu memelihara anaknya. Akhirnya, hakim memutuskan agar Akinomoto memelihara ibu beruk itu sehingga ibu beruk itu selamat melahirkan anaknya. Jika anaknya jantan, anak beruk itu akan dinamakan "Mat Yeh".Jika anaknya betina, anak beruk itu akan dianamakan "Mentesah".Hakim juga memerintahkan supaya ibu beruk itu dipulangkan kepada yang berhak setelah tempoh pantangnya selama 40 hari. Sebagai denda kepada Akinomoto, Akinomoto terpaksa memanjat pokok kelapa. Anak beruk akan menjadi tuannya. hal ini akan berlarutan sehingga anak beruk itu mencapai umur akil baligh.
Pemikiran
-Sesi perbicaraan rekaan di mahkamah yang melibatkan dua kes.
Persoalan
1.Persoalan tanggungjawab seseorang terhadap kesan tindak-tanduknya.
2.Persoalan kepentingan peranan pihak berkuasa untuk memastikan kemudahan-kemudahan awam dipelihara.
3.Persoalan sikap profesional hakim,pendakwa raya, dan peguam bela di mahkamah.
4.Persoalan kepentingan penggunaan bahasa Melayu di mahkamah.
5.Persoalan tanggungjawab seorang hakim untuk mempertimbangkan kes-kes dengan adil dan saksama.
6.Persoalan tanggungjawab seorang peguam bela berkhidmat untuk terttuduh yang miskin.
Watak dan pewatakan
Watak Hakim
1.Duduk di meja tinggi
2.Menggunakan penukul di mahkamah apabila perlu.
Pewatakan
1.Seorang yang adil
-mengarahkan supaya Bulat bin Leper yang miskin dibela oleh seorang peguam percuma. Hal ini supaya Bulat bin Leper diberi perbicaraan yang adil.
2.Seorang yang rasional
-Hakim mendengar hujah-hujah pendakwa raya dan peguam bela sebelum membuat keputusan.
3.Seorang yang prihatin
-Mengarahkan Akinomoto untuk memulangkan ibu beruk setelah tempoh pantang 40 hari. Hakim prihatin terhadap keadaan ibu beruk yang akan melahirkan anak.
4.Seorang yang bertanggungjawab
-Menjalankan tugas sebagai seorang hakim dengan penuh tanggungjawab di mahkamah. Beliau memastikan keadaan di mahkamah tidak kecoh.
Watak Pendakwa raya
1.Mensabitkan tertuduh di mahkamah.
Pewatakan
1.Seorang yang bertanggungjawab
-Bertanggungjawab mendakwa BUlat bin Leper dan Akinomoto di mahkamah berdasarkan bukti yang diperoleh.
2.Seorang yang berilmu pengetahuan
-Boleh menerangkan maksud istilah beruk subsidi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menggunakan kamus sebagai bahan rujukan yang berasas.
3.Seorang yang bijak
-Dipuji oleh hakim setelah berjaya menerangkan maksud beruk subsidi di mahkamah.
Watak Peguam bela
1.Seorang peguam
Pewatakan
1.Seorang yang tidak menepati masa
- Agak lambat masuk ke runang perbicaraan Bulat bin Leper.
2.Seorang yang bijak dan licik
-Berjaya melepaskan Bulat bin Leper daripada tuduhan menyebabkan kematian nenek tua.
3.Seorang yang tegas
-Beberapa kali mengingatkan pendakwa raya supaya tidak menganggunya brhujah dan tidak menganggu perjalanan mahkamah. Hal ini telah menyebabkan hakim mengeluarkan kad kuning kepada pendakwa raya.
4.Seorang yang baik hati
-Menjadi peguam percuma kepada Bulat bin Leper yang miskin.
LATAR
Latar masa:
1.Siang waktu pagi:Sesi perbicaraan rekaan berlangsung.
2.Pada 10 januari 1988, antara jam 8.00 pagi hingga 9.00 pagi: Kematian seorang nenek tua Mek Teh binti Jali.
3.Pada 20 Mac 1988:Seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia telah dicuri dari stor JKK Ulu Dungun.
Latar tempat:
1.Ruang mahkamah: Sesi perbicaraan rekaan berlangsung.
2.Taman Gagak Putih:Kulit pisang yang tercampak ke jalan raya menyebabkan kematian seorang nenek tua.
3.Stor JKK Ulu Dungun:Seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia dicuri.
Latar masyarakat
1.Masyarakat hakim yang adil dan saksama.
-hakim tidak menjatuhkan hukuman ke atas Bulat bin leper kerana sebenarnya dia telah membuang kulit pisang ke dalam tong sampah dan bukannya di atas jalan raya.
2.Masyarakat peguam yang bertanggungjawab.
-Pendakwa raya bertanggungjawab mensabitkan orang yang dituduh dengan kesalahan yang telah dilakukan dan peguam bela memastikan Tertuduh tersebut dibela dengan adil.
3.Masyarakat tertuduh yang jujur
-Akinomoto mengaku bersalah mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia.
PLOT
Permulaan
-Ketibaan hakim ke mahkamah dan perbicaraan bermula.
Perkembangan
-Bulat bin Leper dituduh menyebabkan kematian seorang nenek tua , Mek teh binti Jali 99 tahun di Taman Gagak Putih.
Konflik
-Peguam bela menolak dakwaan bahawa Bulat bin Leper bersalah dengan mengatakan kambing kurus yang menyebabkan kematian nenek tua itu.Dalam kes kedua, Akinomoto dituduh mencuri beruk subsidi.
Klimaks
-Akinomoto mengaku bersalah dan hakim menjatuhkan hukuman ke atasnya.
Peleraian
-Perbicaraan di mahkamah selesai.
TEKNIK PLOT
Teknik pemerian
-Penterjemah masuk dengan agak lambat sambil membetulkan kain sarung dan tali lehernya. ( hal.92)
Teknik Kejutan
-Hakim meminta supaya Bulat bin Leper dibela penguam percuma tetapi memberikan mereka tampoh seminit sahaja untuk berunding ( hal.84)
Teknik Dialog
-Dialog antara hikim, pendakwa raya, peguam bela, dan tertuduh di mahkamah Kes tertuduh sedang dibicarakan.
GAYA BAHASA
1.Simile
-Pegawai: ( Bernada selamba tetapi tidak keras seperti jekahan HAKIM tadi ) hal.92
2.Imejan
-HAKIM mengeluarkan kad kuning. ( hal.88 )
3.bahasa percakapan harian
-PEGUAM BELA: Tengah tengok gusti, tuan. ( hal.83)
4.Diksi bahasa Inggeris
-HAKIM:Well done...well done... Apakah kamu sudah faham Akinomoto...( hal.94)
5.Sinkope
-HAKIM:Tak habis-habis dengan gusti... ( hal.83)
6.Repetisi
-HAKIM:Cakap...cakap...apakah kamu sudah ... ( hal.95)
NILAI
1.Nilai adil
2.Nilai bijaksana
3.Nilai rasional
4.Nilai mementingkan ilmu pengetahuan
5.Nilai prihatin
PENGAJARAN
1.Kita patut menyelesaikan masalah yang didepani dengan adil dan saksama supaya semua pihak berasa puas hati.
2.Kita mestilah prihatin dan membantu golongan miskin dengan menawarkan khidmat secara percuma kepada mereka.
3.Kita perlulah bersikap rasional dan berfikir betul-betul sebelum memberi pendapat.
4.Kita haruslah meluaskan ilmu pengetahuan supaya dapat meberi hujah-hujah berasas dan pendapat yang bernas.

Bagusnya... TQ
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteKenapa latar masa lain 10 jannuari dan 20 mac 1988, bukankah hari yang sama kerana selepas kes kematian nenek mereka berehat dalam beberapa masa 10 minit dan terus sambung ke kes yang kedua iaitu kehilangan beruk subsidi

ReplyDeleteitu masa kelakuan tertuduhI dan II dua kes punya , bukan masa hari yang berlangsung sidang perbicaraannya , tak sama punya
Deletetq ini sangat tolong saya
ReplyDeletetq ini sangat tolong saya
ReplyDeleteTerima kaseh kerna bantu saya ya ... #HdupIkan
ReplyDeletemana tema?
ReplyDeleteterima kasih ya
ReplyDeletetema itu lah pemikiran....
ReplyDeletetema itu lah pemikiran....
ReplyDeleteNo latihan
ReplyDeleteApakah maksud "beruk subsidi"????
ReplyDeleteBeruk yang dahulu diberikan secara percuma kepada petani untuk memudahkan kerja mengutip buah kelapa yang diberikan oleh kerajaan.
DeleteNak cari yang lain sume panjang panjang..berputar belit sinopsisnya..dengan ini..walaupun kelas Online..tak adalah terburu buru siapkan kerja sekolah..TERBAIKK!!
ReplyDeleteDAEBAKKKK
ReplyDelete