Pantun Kiasan
Pengenalan
Pantun empat kerat yang berjumlah 17 rangkap ini termuat dalam naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa', muka surat 7 - 9. Seperti biasa, pembayang pantun pada dua baris pertama setiap rangkap merupakan unsur alam atau kerenah manusia. Tumpuan biasanya lebih menjurus terhadap maksud pantun pada baris 3 dan 4 setiap rangkap.
Pantun empat kerat yang berjumlah 17 rangkap ini termuat dalam naskhah antologi 'Baik Budi, Indah Bahasa', muka surat 7 - 9. Seperti biasa, pembayang pantun pada dua baris pertama setiap rangkap merupakan unsur alam atau kerenah manusia. Tumpuan biasanya lebih menjurus terhadap maksud pantun pada baris 3 dan 4 setiap rangkap.
Maksud rangkap demi rangka
1 Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
(pembayang: unsur alam
Bahan rosak tidak seharusnya dicampakkan
begitu sahaja, sebaliknya dimanfaatkan
secara kreatif)
2 Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
(pembayang: unsur alam
Apabila merantau di tempat orang,
seseorang itu hendaklah merendah diri)
3 Tebang gelam tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.
(pembayang: unsur alam
mengharapkan sesuatu perkara yang sangat sukar untuk dicapai )
4 Pokok terap tumbuh di bukit
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
(pembayang: unsur alam
Seseorang itu tidak terlalu berharap walaupun tanda-tanda kejayaan sudah ada selagi tidak beroleh kepastian)
5 Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
(pembayang: kerenah manusia
Jika hal yang besar berjaya ditangani, tentulah hal kecil menjadi lebih mudah)
6 Air surut memungut bayam,
Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung
(pembayang: kerenah manusia;
perbuatan suka menghebohkan sesuatu
perkara / pencapaian kecil adalah tidak wajar)
7 Anak punai anak merbah,
Hinggap di tonggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hati orang.
(pembayang: unsur alam;
usah dihairankan jika seseorang itu tidak lagi bersikap seperti dahulu)
8 Rotan siput rotan berlingkar,
Anak itik patah kakinya;
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
(pembayang: unsur alam;
sesuatu masalah tidak semestinya berjaya diatasi menerusi idea hebat atau oeralatan canggih)
9 Raut bilah pembatang taut,
Kail berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.
(pembayang: kerenah manusia
perantau / mereka yang berhijrah akan kembali ke tempat asal masing-masing)
10 Sangkut terendak dekat beranda,
Orang Papua ayam tak sudah;
Jika tiada ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.
(pembayang: kerenah manusia )
11 Bunga geti bergulai temenung,
Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
(pembayang: kerenah manusia
keinginan tinggi yang sukar tercapai kerana kurang keupayaan diri)
12 Suasa bertahil emas berbungkal,
Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Usah lautan hendak diduga.
(pembayang: unsur alam;
jika keupayaan diri terhad, seseorang itu tidak perlu mencuba)
13 Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.
(pembayang: kerenah manusia
jika sesuatu berita itu belum pasti, tidak wajar membuat oersiapan yang berlebihan)
14 Hari hujan puyuh mendengut,
Mendengut mari sepanjang jalan;
Air dalam kapar tak hanyut,
Kononlah pula kemarau panjang.
(pembayang: insur alam;
paras air yang tinggi tidak menghanyutkan timbunan sampah, apatah lagi kering kontang. maksudnya, sesuatu masalah yang sudah terlalu rumit untuk diselesaikan)
15 Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.
(pembayang: kerenah manusia;
tidak munasabah memasang impian yang tidak mungkin kesampaian)
16 Laksana gadis Menteri Bogor,
Bijak membilang ayam betina;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
(pembayang: kerenah manusia;
penyesalan yang sudah tidak berguna lagi)
17 Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah haluan perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.
(pembayang: unsur alam;
sayang sekali wanita cantik yang tidak berakhlak mulia)
Tema:
Sindiran
terhadap segelintir masyarakat yang mengamalkan sikap negatif sehingga boleh
menjejaskan kehidupann diri sendiri dan orang lain.
Nilai murni
1.Berjimat cermat-contohnya tidak membazir walaupun barang tersebut dianggap tidak berguna lagi.
2.Merendah diri-contohnya mengamalkan sikap merendah diri apabila berada di tempat orang.
3.Rasional-contohnya menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak melulu.
4.Keberanian-contohnya berani menghadapi sebarang kemungkinan dalam perjuangan.
5.Kesabaran-contohnya memulihkan perasaan marah dengan sifat
sabar.
6.Kerajinan-contohnya sifat rajin dalam diri perlu dipupuk sejak
kecil lagi.
7.Kepatuhan-contohnya patuh dengan pandangan orang yang lebih
berpengetahuan.
8.Berbudi-bahasa-contohnya kecantikan tidak memberikan apa-apa
jika memiliki tingkahlaku yang negative.
9.Keinsafan-contohnya insaf dan bertaubat setelah melakukan
kesilapan.
Persoalan
1.Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.
2.Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
3.Sikap segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.
4.Sikap manusia yang terlalu mengharapkan
sesuatu yang belum pasti hasilnya.
5.Sikap sombong dan bangga diri akan membawa
kemudaratan kepada diri sendiri.
6.Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
7.Perantau yang pergi jauh akhirnya akan
kembali ke kampung halaman juga.
8.Sikap malas yang bermula sejak kecil akan
sukar diubah apabila sudah dewasa,begitu juga apabila semasa makmur tidak
senang, apatah lagi semasa masalah.
9.Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
10.Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.
Pengajaran
1.Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.
2.Kita disarankan agar bersikap merendah diri apabila merantau di negeri orang.
3.Kita hendaklah tidak terlalu mengharapkan perkara yang belum pasti menjadi milik kita kerana akan menyebabkan kekecewaan.
4.Kita hendaklah tidak menyombong diri supaya
tidak dibenci orang.
5.Kita mestilah banyak bersabar untuk
melenyapkan kemarahan dalam diri.
6.Jika kita mempunyai pengetahuan yang sedikit,
janganlah kita menentang orang yang lebih banyak pengetahuan.
7.Kita hendaklah sentiasa berbudi-bahasa supaya
kita akan dipandang mulia oleh masyarakat.
8.Kita mestilah insaf dan bertaubat setelah
melakukan dosa.
Unsur Bunyi
1.Asonansi
-Alas nikah raja Melayu ( perulangan vokal a )
-Sangkut terendak dekat beranda ( perulangan vokal e )
-Limau Bentan di tepi tingkap ( perulangan vokal i )
-Hujan rebut gunung terbakar ( perulangan vokal u )
2.Aliterasi
-Buah bacang masak serangkai ( perulangan konsonan b )
-Hendak pulang ke dalam dunia ( perulangan konsonan d )
-Hajat hati nak peluk gunung ( perulangan konsoonan h )
-Kalau kail panjang sejengkal ( perulangan konsonan k )
3.Rima akhir semuanya abab
Gaya
Bahasa
1.Hiperbola
-Hujan rebut gunung terbakar
-Embun setitik padam apinya
2.Inversi
-Ikan busuk jangan dibuang
-Gila apakah ikan di laut
3.Penggunaan unsur alam
-ikan,buah bacang,
burung,gelam,kenanga,kumbang,bunga,gunung dan sebagainya
4.Peribahasa
-Jangan diikut resmi ayam,bertelur sebiji riuh sekampung
-Masakan tempua bersarang rendah
-Kalau kail panjang sejengkal,usah lautan hendak diduga
-Burung terbang dipipiskan lada
-Air dalam kapar tak hanyut,kononlah pula kemarau panjang
5.Personifikasi
-nyawa menangis di pintu kubur
6.Repetisi
-tikar ( rangkap 1, baris 1 )
-burung ( rangkap 2 baris 1,rangkap 5 baris 2,rangkap 13,
baris 4 )
-anak ( rangkap 7 baris 1 dan 3,rangkap 8 baris 2 )
-bunga ( rangkap 3,baris 3 dan rangkap 11 baris 1 rangkap
17 baris 3 )
7.Sinkope
-Kilat memancar hujan tak laku
-Orang Papua anyam tak sudah
-Air dalam kapar tak hanyut
8.Similie
-Macam melukut di tepi gantang
-Laksana gadis Menteri Bogor
-Sungguh laksana bunga dedap
Soalan
Pengukuhan ( Guna buku B6 )
1.Kemukakan dua kritikan pemantun terhadap sikap
masyarakat seperti yang terdapat dalam pantun tersebut. ( 3 markah )
2.Banyak pengajaran yang ingin disampaikan melalui Pantun
Kiasan.Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dapat pantun tersebut.( 3 markah )
3.Kita disarankan supaya berjimat cermat agar tidak
berlakunya pembaziran.Pada pendapat anda, apakah kebaikan amalan berjimat
cermat? ( 4 markah )
Sya perlu maksud Rangkap ke 10 hahaha. Urgent
ReplyDeleteSetiap perkara yang berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
Deletesaya perlu jawapan untuk soalan 1
ReplyDeleteGive more answer
ReplyDeleteAda tak gaya bahasa metafora dalam pantun ni???
ReplyDeleteapakah punca pengarang mengkritik sikap masyarakat ?
ReplyDelete