NOVEL DESTINASI IMPIAN
BAB
11:Johari:Perubahan
Keesokanya, Johari dan
Azlina ingin meneruskan perjalanan pulang ke Klang. Keputusan Firdaus yang mahu
balik sendiri membimbangkan Azlina. Johari memujuk Azlina dengan mengatakan
bahawa abangnya itu sudah menjadi lelaki yang berani dan pandai berdikari
seperti yang mereka mahukan sejak sampai di Pantai Morib. Johari dan Azlina
meninggalkan Tamrin,Kasman dan Kasmadiana. Di persimpangan antara jalan besar
dengan jalan ke Pantai Morib Baru, Johari memberhentikan basikal. Johari turut
berasa risau kerana Firdaus enggan mengikut mereka walaupun telah dipujuk.
Johari membuat keputusan untuk membiarkan sahaja Firdaus pulang sendiri
walaupun Azlina berasa bimbang jika abangnya ditimpa kemalangan.
BAB
12:Firdaus: Pahit manis dalam perjalanan
Semasa bermandi-manda,
Mazlinda menjerit-jerit meminta tolong. Moksin mencabar Firdaus untuk
menyelamatkan Mazlinda. Walaupun berasa takut namun Firdaus cuba berenang kea
rah Mazlinda namun semakin dia berenang semakin dia jauh terpisah daripada
Mazlinda. Firdaus meminta tolong apabila dia semakin dihanyutkan ombak ke
tengah.
Johari bertanyakan
keadaan Firdaus dan menerangkan kepada Firdaus bahawa dia pengsan dan dibawa ke
hospital. Firdaus bertanyakan keadaan Mazlinda lalu bertanyakan orang yang
menyelamatkannya. Azlina menerangkan bahawa Mazlinda yang menyelamatkan
Firdaus. Mazlinda hanya berpura-pura tidak pandai berenang untuk menguji
Firdaus. Firdaus berasakan bahawa kemalangan yang menimpanya adalah balasan
kerana dia berbohong. Johari menasihati Firdaus agar mengukur kemampuan dii
untuk menolong orang lain dan bukannya hanya disertakan perasaan tanpa pertimbangan
fikiran yang bijaksana. Johari turut menasihati Firdaus jangan cepat berasa
angkuh dengan kejayaan. Firdaus berasa malu dan menundukkan muka. Johari mahu
Firdaus mengangkat muka dan berani menghadapi cabaran. Firdaus mulai insaf akan
kesalahannya. Firdaus berani memandang Mazlinda, Zarina,Ema, Moksin dan Sazali
apabila mengingatkan kata-kata semangat daripada Abang Johari.
Comments
Post a Comment