NOVEL DESTINASI IMPIAN
BAB
9:Azlina:Senja di pantai
Kasmadiana mengagumi
semangat Azlina yang mampu berbasikal sejauh 50 kilometer ke Morib. Ketika
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana, Moksin dan Sazali datang mengucapkan tahniah kepada Azlina. Moksin memberitahu
bahawa kedatangan mereka adalah untuk mencari kepastian sama ada betul atau
tidak kata-kata Firdaus bahawa Azlina yang menjadi penyebab perjalanan mereka
lambat kerana asyik berehat. Moksin dan Sazali meragui kata-kata Firdaus.
Azlina menyatakan bahawa Moksin dan Sazali telah dibohongi oleh Firdaus.
Sebelum mereka beredar, Moksin memberitahu Azlina bahawa dia mahu memaksa
Firdaus mengakui pembohonganya atau Firdaus akan dicampak ke dalam laut. Azlina
memberitahu hal yang diceitakan oleh Sazali dan Moksin kepada Johari. Johari
tidak suka dengan sikap Firdaus yang mulai membangga diri dengan
melebih-lebihkan cerita tentang dirinya supaya kawan-kawan berasa kagum. Johari
setuju jika rancangan Moksin itu dilaksanakan sebagai pengajaran kepada
Firdaus.
BAB
10:Firdaus :Usah lupa bumi yang dipijak
Firdaus berbual-bual
denganMazlinda sambil Mazlinda memuji dan mengagumi Firdaus yang dianggapnya
lelaki gagah kerana boleh berbasikal sejauh 50 kilometer. Mazlinda menganggap
Firdaus juga pandai berenang. Kenyataan Mazlinda ini diakui oleh Firdaus
walaupun hakikatnya dia tidak berapa pandai berenang. Mazlina mahu Firdaus
membuktikan dahulu kehandalannya berenang sebagai bukti sebelum mempercayai
kata-kata Firdaus. Kedatangan Sazali dan Moksin sambil mengatakan bahawa mereka
mengetahui satu rahsia menimbulkan tanda Tanya di hati Firdaus. Firdaus dapat
merasakan bahawa ketawa Moksin dan Sazali seolah-olah sedang mengejeknya.
Firdaus bermimpi Azlina
memarahinya kerana menuduhnya yang melambatkan perjalanan. Firdaus berasa puas
apabila melihat Azlina marah. Abang Johari dating sambil mengingatkannya bahawa
dia perlu bersyukur kepada Allah dengan kejayaan yang dicapai bukannya bersikap
angkuh. Dalam mimpi itu juga, Firdaus melihat Sazali dan Moksin mengatakan
bahawa dia seorang pembohong. Mereka mencampakkanya ke dalam air. Firdaus cuba
berenang tetapi gagal. Firdaus menjerit meminta tolong. Tiba-tiba Firdaus dikejutkan
daripada tidur oleh Moksin. Firdaus mulai berasa bersalah dengan tindakanya
yang menjauhi Azlina dan Johari kerana sakit hati.
Comments
Post a Comment