Apa ada pada 5 A

Rasa macam hambar je sekolah Rantau Panjang kerana tiada sorangpun yang mendapat 5 A. Seperti tiada apa berlaku. Sikap murid yang buat endah tak endah dan sikap ibu bapa yang juga tidak berapa ambil kisah. Tertanya-tanya dalam hatiku, inikah balasan yang diterima oleh semua guru yang pernah mengajar mereka. Tiadakah ungkapan terima kasih. Bukan mengharap balasan dan juga bukan mengharap apapun dari mereka. Tanpa 5 A seperti sk Rantau Panjang sudah hilang nama. Kesian guru yang ada di sekolah itu dan juga usaha Tn Haji Kamal yang bersungguh-sunggu untuk memajukan mereka. Tapi tidak mengapalah. Mungkin itulah yang dinamakan nasib. Kita hanya berusaha yang menentukannya Allah yang maha esa.Teruskan lagi usaha wahai sahabat dan adik-adikku. Tahun depan kita usaha lagi. Mungkin tidak berharap sangat namun cukuplah menambah peratus yang semakin meningkat.

Comments

  1. Pada masa ini, saya di KL, sedang mesyuarat pengurusan dengan PPD Temerloh dan JPNP. Keputusan keseluruhan dalam daerah, SKRP antara 10 sekolah-sekolah yang meningkat dengan baik. Cuma kecemerlangan tiada, berbanding 14 sekolah yang menurun peratusnya. Itulah namanya takdir. Pada malam keputusan diumumkan,saya tak tidur memikirkan strategi yang tidak mengena. Walauapun begitu saya ucapkan tahniah kepada semua guru-guru yang telah membantu saya khususnya Hamsiah dan rakan-rakan. Mungkin belum masanya kita memetik hasilnya lagi. Yang penting kita telah berusaha dan terus berusaha.

    ReplyDelete
  2. salam,syukur jugalah tn haji ye.itu semua usaha keras tn haji.tn haji dah buat yg terbaik.betullah kata tn haji mgkn belum tiba masanye kita memetik hasil yg betul2 berkualiti.mgkn ada rezeki tahun depan tapi saya buat analisis tov utk tahun depan gaya mcm susah juga nak naik sebab budak tahun depan dua jurang berbeza.yg pandai pandai sgt tapi sikit tapi yg x berapa kuat ramai.gb baru dan guru2 kena pasang strategi kuat tu.apapun tahniah sb byk memberi komitmen spjg saya ada diskrp.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts