Bahagian A bahasa Melayu Penulisan

Panduan Menjawab (Mentafsir Bahan Grafik)

1.0 Pengenalan
Hanya satu soalan bergambar / ilustrasi dikemukakan. Bagi menjawab soalan
ini, dicadangkan langkah-langkah berikut:

1.1 Baca dan fahami kehendak atau arahan soalan
- Baca soalan dan fahami arahannya.
- Anda dikehendaki menulis lima ayat lengkap berdasarkan situasi atau
keadaan / aktiviti dalam bahan ilustrasi yang diberi.

1.2 Memahami / meneliti situasi atau keadaan
- Sama ada bahan ilustrasi itu gambar tunggal atau bersiri, anda perlu
melihat dan memastikan perkara / situasi / keadaan yang terdapat
dalam gambar / ilustrasi.
- Catat perkara itu berdasarkan yang tersurat / nyata atau dilihat.
- Masa yang dicadangkan untuk memahami situasi gambar ialah 3 minit.

1.3 Menulis ayat yang lengkap
- Ayat yang ditulis hendaklah lengkap.
- Satu perkara / keadaan / aktiviti ditulis dalam satu ayat.
- Masa yang dicadangkan untuk menulis ayat ialah 5 minit.

1.4 Menyemak
- Semak, sama ada ayat yang ditulis benar-benar berdasarkan perkara /
keadaan / aktiviti yang terdapat dalam gambar / ilustrasi.
- Pastikan ayat yang ditulis mengikut struktur, selain ejaan, tanda baca
dan pemilihan kata yang betul.
- Masa yang dicadangkan bagi menyemak ialah 2 minit.


2.0 Panduan Umum Menjawab Soalan

2.1 Teliti Bahan
- Teliti gambar yang terdapat dalam soalan
- Kenal pasti tema / tajuk yang diberi
- Kesan aktiviti / perlakuan yang terdapat dalam soalan
- Tulis aktiviti- aktiviti yang ada pada gambar

2.2 Membina Ayat
- Bina lima ayat (nomborkan 1-5).
- Bina ayat-ayat tentang maklumat tersurat.
- Membina ayat-ayat tersirat sebagai pelengkap atau ayat utama.
- Kelima-lima ayat anda berdasarkan kepada maklumat yang ada pada
bahan grafik.
- Boleh menamakan watak.
- Susun ayat mengikut keutamaan isi.

2.3 Struktur Ayat
- Ayat yang jelas menggambarkan maklumat yang hendak disampaikan.
- Ayat yang dibina hendaklah ayat yang gramatis.
- Membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
- Ayat anda berdasarkan kepada maklumat tersurat sahaja.
- Ayat daripada isi tersirat mesti ada pertautan dengan bahan grafik

2.4 Menyemak Semula
- Semak dengan membaca semula ayat.
- Tulisan anda hendaklah jelas dan kemas.

2.5 Teknik Semasa Menjawab Bahan Grafik
- Kenal pasti kata kerja & kata adjektif dalam gambar.
- Tulis kata kerja & kata adjektif dalam gambar. (Kertas soalan)
- Menulis sebanyak mungkin kata kerja & kata adjektif

2.6 Isi Tersurat dan Isi Tersirat
- Perkara-perkara atau aktiviti yang terdapat atau yang dapat
dilihat dengan jelas dalam gambar dikenali sebagai maklumat tersurat.
- Idea-idea yang berkaitan atau yang boleh dikaitkan dengan gambar
dikenali sebagai maklumat tersirat.

Comments

Popular Posts