Karang: Hobi saya

Hobi saya ialah membaca buku. Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang informatif seperti surat khabar'buku-buku yang berunsur pengetahuan dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui.

Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu. Tambahan pula' ubu bapa saya memang mengalakkan saya membaca sejak dari kecil lagi.Saya bangga mempunyai ibu bapa yang sangat prihatin pada minat dan kesukaan saya. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan bahawa saya mengikut jejak kedua-dua ibu bapa saya yang rajin membaca. Mereka bukan sahaj membelikan saya majalah yang berunsur pengetahuan malah serung membawa saya ke pameran buku. Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah atau buku yang bermutu dan informatif.

Saya juga gemar membaca kerana saya menanam cita-cita untuk menjadi guru. Untuk menjadi guru yang baik,kita haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas.Ilmu tersebut sudah tentu akan dimanfaatkan oleh murid-murid kita. Guru yang berpengetahuan luas sudah tentu dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-muridnya.

Sesungguhnya banyak kebaikan yang diperolehi dengan membaca. Perkara yang tentunyaa kita sentiasa dapat ialah maklumat terkini tentang sesuatu perkara disamping dapat menambahkan ilmu penegtahuan dalam pelbagai bidang. Selain itu,masa kita juga terisi dengan melakukan perkara yang berfaedah. Dengan itu,tidaklah kita terjerumus ke dalam kancah sosial yang memudaratkan hidup kita.

Oleh itu,saya ingin mengingatkan rakan seperjuangkan agar memilih hobi yang baik dan mendatangkan faedah. Kenalilah dan ketahuilah kelebihan dan bakat yang ada pada diri kita. Puoukkan bakat yang ada dan berazam untuk berjaya.

Comments

  1. saya Hamsiah bt Juki dari kelas 6 Wawasan telah membaca maklumat yang diberikan pada 12 januari 2012 jam 12.30 petang.

    ReplyDelete
  2. saya raja damia azyyati dari kelas 6 wawasan telah membaca maklumat yang diberikan pada 13 januari 11.38 petang.

    ReplyDelete
  3. saya norhayana binti jamal dari kelas 6 wawasan telah membaca maklumat yang diberikan pada 9 februari 6.10 petang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts