TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN A

1. Dalam bahagian A, calon akan diberikan gambar tunggal atau bersiri yang

menunjukkan peristiwa,situasi,aktiviti,amalan, jadual, peta atau lain-lain yang

besesuaian.

2. Calon diminta membina lima (5) ayat sahaja yang berkaitan dengan gambar.

3. Keseluruhan jawapan memperuntukkan 10 markah

4. Masa yang dicadangkan 15 minit.


Sebelum Menjawab.

1. Fahami arahan soalan, buat ayat berdasarkan arahan soalan sama ada ;

a) Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar.

b) Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam

gambar.

c) Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

d) Tuliskan amalan gaya hidup sihat yang terdapat dalam gambar.

2. Bagi arahan soalan yang berkehendakkan aktiviti (1b), ayat hendaklah

disempurnakan dengan aktiviti yakni kata kerja.

3. Perhatikan dengan teliti gambar yang diberikan.Catatkan maklumat/kata kunci

yang terdapat dalam gambar.


Semasa Menjawab

1. Pilih maklumat-maklumat yang penting sahaja.

2. Kembangkan maklumat dalam membentuk ayat yang sempurna

menggunakan kata hubung dan penanda wacana..

3. Ayat yang dibina mestilah tentang apa yang terdapat dalam gambar dan

tersurat.

4. Calon dilarang menulis pandangan peribadi tentang gambar.

5. Ayat-ayat untuk gambar bersiri hendaklah mengikut nisbah yang sesuai iaitu

seimbang mengikut nisbah gambar.

6. Ayat perlu dinomborkan : 1 - 5.

7. Boleh diberikan watak pada gambar.

8.Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.


Selepas Menjawab

1. Baiki tulisan yang tidak jelas.

2. Semak Imbuhan/ejaan/tanda baca terutama huruf besar pada permulaan ayat

dan tanda noktah pada akhir ayat.

3. Semak struktur ayat.

4. Pastikan tiada kesilapan pada bahagian ini untuk memperoleh markah penuh

(10 markah).

5. Jika siap awal berpindah ke bahagian lain untuk menjimatkan masa.

Comments

Popular Posts