RPH BM KUMPULAN 1



 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA
KUMPULAN 1

TEMA
KESIHATAN
TAHUN
4 Musytari
TAJUK
Faedah Bersukan
MASA
8.30-9.30 pagi
STANDARD KANDUNGAN
1.7
Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
STANDARD
PEMBELAJARAN
1.7.2
Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
4.2.1 Aspek seni bahasa
5.1.5 Tatabahasa
OBJEKTIF

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat berbincang tentang faedah bersukan dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
AKTIVITI
Bersoal Jawab
1.    Guru mempamerkan gambar-gambar sukan negara dan minta murid menyebut aktiviti sukan yang dilihat.
Contoh:
·          badminton
·          boling
·          bola sepak
·          skuasy
·          berbasikal
2.    Guru bersoal jawab tentang pelbagai aktiviti sukan tersebut.
3.    Murid menerangkan cara untuk mendapatkan wang bagi membeli  
peralatan sukan yang diminati oleh mereka.

Lampiran 1

Membaca dan berbincang
1.    Murid membaca senyap petikan yang diedarkan untuk mendapatkan maklumat.

Lampiran 2

2.    Murid menggarisi isi penting daripada petikan.
3.    Guru dan murid berbincang tentang aktiviti sukan berdasarkan teks.
4.    Guru merangsang murid-murid  dengan  beberapa soalan untuk membantu mereka menyatakan idea berkaitan teks.
Contoh:
·         Mengapakah kebanyakan orang tidak aktif bersukan walaupaun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan?
·         Bagaimanakah aktiviti sukan dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita?
·         Mengapakah aktiviti sukan menjadikan badan kita cergas dan kuat?
·         Apakah faedah yang diperoleh dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan?

Lampiran 3

Menulis
1.    Guru mengedar lembaran kerja dan meminta murid menulis pendapat berdasarkan perkataan yang diberi.
Contoh:
·         ………………bola sepak……………..kerjasama……….
·         ………………boling …………………usaha…………….
·         ……………..berbasikal ……………. gigih …………..
·         ……………badminton ………… berdisiplin…………..
Lampiran 4

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : PJK
Nilai : Mementingkan kesihatan, kerjasama, disiplin, gigih
Ilmu : Celik Kewangan.
KB : Menjana Idea

BAHAN BANTU BELAJAR
Gambar beberapa aktiviti sukan
Petikan rencana
Lembaran kerja
PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Murid-murid dapat berbincang tentang faedah bersukan dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

REFLEKSI





Lampiran 1
Nyatakan  aktiviti sukan berdasarkan  gambar

 
G



Lampiran 2
Baca dan fahami lampiran di bawah
              Bersukan merupakan satu kegiatan yang penting dalam kehidupan kita. Badan yang sihat terhasil daripada kerajinan kita bersukan. Jika kita tidak bersukan, badan kita akan lemah dan mudah diserang penyakit. Walau bagaimanapun, di negara kita, masih banyak orang yang tidak aktif dalam sukan walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan.
Bersukan ada pelbagai jenis. Antara aktiviti sukan yang popular ialah olahraga, renang, badminton, bola sepak, berjoging, berjalan kaki, squash dan sebagainya. Anggota badan kita akan menjadi cergas dan kuat dengan bersukan. Justeru, kita harus melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau beriadah sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Di samping itu menerusi kegiatan sukan juga, kita dapat membentuk sifat-sifat yang mulia seperti bekerjasama, sabar, bertolak ansur, dan semangat toleransi. Malah, dengan bersukan juga dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita. 
Penyertaan  dalam bidang sukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Bersukan dapat menghindarkan diri kita daripada terjebak dalam gejala yang tidak bermoral seperti melepak, mencuri dan menagih dadah. Gejala sosial ini akan merosakkan diri kita. Lantaran itu, kita perlu menjauhi gejala sosial yang akan memudaratkan kita.
Kesimpulannya, kita haruslah menjadikan sukan sebagai satu daripada aktiviti harian kita. Dengan bersukan, kita akan hidup sihat dan sejahtera. Badan yang sihat pula akan melahirkan minda yang cerdas.




Lampiran 3

Kemukakan pendapat kamu berdasarkan soalan yang diberi dengan menggunakan ayat yang gramatis.

1.    Mengapakah kebanyakan orang tidak aktif  bersukan walaupaun  kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan?
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………


2.    Bagaimanakah aktiviti sukan dapat mewujudkan keharmonian dan perpaduan antara kaum di negara kita?
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………


3.    Mengapakah aktiviti sukan menjadikan badan kita cergas dan kuat?
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………


4.    Apakah faedah yang diperoleh dengan melibatkan diri dalam
aktiviti sukan?
………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………

Lampiran 4
Tulis pendapat kamu mengenai sukan berdasarkan perkataan yang diberi.

1.       ………………bola sepak……………..kerjasama……….

……………………………………………………………………………………………..
  
            ……………………………………………………………………………………………..




2.    ………………boling …………………menjaga  kesihatan………….

……………………………………………………………………………………………..
  
            ……………………………………………………………………………………………..




3.    …………..berbasikal ……………. gigih …………..

…………………………………………………………………………………………..
  
            ……………………………………………………………………………………………..




4.    ……………badminton ………… berdisiplin…………..

…………………………………………………………………………………………..
  
            ……………………………………………………………………………………………..


Lampiran 5



Pilih satu daripada permainan berikut.
Kemukakan pendapat kamu tentang gambar dipilih berdasarkan soalan yang diberi.



















Bincangkan pendapat kamu tentang:

1.    Nama permainan yang disukai / dipilih.
Permainan yang saya sukai ialah ……………………………………….

2.    Mengapakah kamu memilih permainan itu?
Saya memilih ……………………….. kerana……………………………

3.     Apakah yang kamu perlu lakukan untuk menjadi seorang pemain negara?
Jika saya menjadi seorang  pemain ……………..saya akan ……………….,, ………………………………….., dan ………………………………………

4.     Berapakah bilangan pemain yang sesuai untuk memainkan permainan itu?  Pemain dalam permainan ……………………..seramai …………………….

5.    Bagaimanakah cara untuk menjadikan negara kita juara bagi permainan tersebut?                                                                                                       Sebagai  juara,  kita  sepatutnya ………………………….., …………………………., dan …………………………………….






Comments

Popular Posts