PERANAN SISC DAN SIPartner+


PEGAWAI SCHOOL IMPROVEMENT PARTNER PLUS (SIPARTNER+) /
RAKAN PENINGKATAN SEKOLAH
PEGAWAI SCHOOL IMPROVEMENT SPECIALIST COACH PLUS (SISC+)/
PEMBIMBING PAKAR PENINGKATAN SEKOLAH



3.0       PENDAHULUAN
Pegawai SIPartner+ dan SISC+ ialah satu jawatan baharu yang diwujudkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) bagi menjayakan Program Transformasi Daerah(DTP). Pegawai SIPartner+ dan SISC+ merupakan jawatan hakiki di Pejabat Pendidikan Daerah(PPD). Tugas Pegawai SISC+  membantu dan membimbing guru-guru dalam melaksanakan  pedagogi yang menarik, kreatif dan inovatif untuk  memberikan impak yang lebih berkesan terhadap pembelajaran murid. Mereka berperanan sebagai rakan yang bersama-sama membantu menyampaikan maklumat tentang dasar-dasar kementerian dan memperkasakan standard guru ke arah pedagogi abad ke-21. Pegawai SIPartner+ pula berperanan sebagai pembimbing kepada pengetua dan guru besar(PGB) dalam aspek kepemimpinan dan pengurusan bagi meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah daripada aspek ilmu, nilai, persepsi, sikap dan amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke-21.



3.1       RASIONAL
Pewujudan Buku Pengurusan Pegawai SIPartner+ dan SISC+ adalah untuk dijadikan panduan  dan tindak ikut yang seragam khususnya oleh  para pegawai SIPartner+ dan SISC+  dan amnya warga pendidikan yang terlibat dengan DTP dalam menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing di seluruh negara.

3.2       MATLAMAT
Meningkatkan kompetensi pemimpin sekolah dan prestasi guru daripada aspek ilmu, nilai, persepsi,sikap dan amalan ke arah transformasi pendidikan abad ke-21.

3.3       OBJEKTIF
3.3.1   Mengupayakan kualiti kepemimpinan dan kualiti pedagogi guru untuk mencapai KPI yang disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) melalui intervensi yang berterusan.
3.3.2   Meningkatkan kompetensi PGB dan guru yang dibimbing (GDB) serta pencapaian sekolah bersesuaian dengan keperluan sekolah.

3.4       PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
3.4.1   Peranan Pegawai SISC+:
3.4.1.1            Mengadakan lawatan bimbingan guru di sekolah melalui pemerhatian di dalam bilik darjah dan bimbingan GDB (secara individu atau berkumpulan).
3.4.1.2            Membantu melaksanakan program yang diluluskan oleh pusat  sebagai fasilitator (cth: KSSR, KSSM, PBS dan LINUS).
3.4.1.3            Membuat pelaporan kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD), mengambil tindakan susulan dan melakukan intervensi  untuk peningkatan pedagogi GDB dan guru-guru.
3.4.2   Tanggungjawab Pegawai SISC+:
3.4.2.1            Bimbingan dan maklum balas secara dua hala dengan menggalakkan perkongsian ilmu kandungan dan ilmu pedagogi antara pegawai SISC+ dengan GDB. Dengan wujudnya persefahaman, pegawai SISC+ dapat membimbing GDB dengan lebih berkesan.
3.4.2.2            Pegawai SISC+ melakukan pemerhatian serta memberi sokongan kepada GDB dan tidak bersifat penilaian prestasi agar proses pembelajaran dan pengajaran(p&p) GDB lebih efektif di dalam kelas. Pegawai SISC+ berperanan sebagai pembimbing manakala guru yang dipilih adalah sebagai guru yang dibimbing(GDB).
3.4.2.3            Pegawai SISC+ membuat pelaporan kepada KPPD. Tindakan susulan dan intervensi dilakukan terhadap GDB dan guru-guru, contohnya melalui Komuniti Pembelajaran Profesional(PLC).
3.4.3   Peranan Pegawai SIPartner+                                                                 
3.4.3.1            Mengadakan lawatan bimbingan PGB di sekolah untuk pemerhatian dan bimbingan terhadap pengurusan sekolah.
3.4.3.2            Membimbing PGB melaksanakan program yang diluluskan oleh pusat (cth: KSSR, KSSM, PBS dan LINUS).
3.4.3.3            Membimbing PGB dalam menyelesaikan masalah dan melaksanakan intervensi serta membuat pelaporan kepada KPPD untuk tindakan susulan dan intervensi.
3.4.4   Tanggungjawab Pegawai SIPartner+.
3.4.4.1            Melaksanakan bimbingan PGB.
3.4.4.2            Membimbing PGB mengenal pasti isu-isu pengurusan dan kepemimpinan serta merangka program intervensi yang bersesuaian.

3.4.4.3            Membimbing PGB dalam pembangunan profesionalisme diri.

Comments

Popular Posts