Soalan Tatabahasa Tingkatan 2 29 Jun 2015

Kata ganti nama diri:

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan kata ganti nama diri yang betul

1."_________________ mahu Bendahara meminang Puteri Gunung Ledang itu,"titah Sultan Melaka.
2.Amirul dan rakannya menghabiskan cuti _____________ dengan menyertai ayah Amirul membuat kajian arkeologi di Gunung Datuk.
3."_______________ harus berhati-hati semasa menyeberangi sungai ini kerana di dasarnya banyak batu yang tajam-tajam," pesan ayah Amirul kepada Amirul dan rakan-rakannya.
4."Memandangkan hari sudah gelap,_________________ akan memasang khemah di kawasan lapang ini,"kata Farid kepada rakan-rakannya.
5."Mahukah ________________ mengikut aku meronda sekitar kawasan kampung pada malam ini,"tanya Pak Cik Jalil kepada rakan-rakannya.
6."Ampun,tuanku.__________________ ada membawa cenderamata dari kerajaan Siam," kata Laksamana Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
7.Sarah ke pejabat ayahnya._________________ hendak menghantar beg ayahnya yang tertinggal di rumah.
8."Saya, Halim, dan Normi akan mendaki Gunung Kinabalu esok._______________ akan memulakan pendakian awal pagi esok,"kata Ramu kepada Ah Hong.

Jawab semua soalan di bawah
1.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i)Farid tidak ke kelas tambahan hari ini kerana ia mengikut keluarga ia ke kampung.
________________________________________________________________________________

ii)Walaupun sudah sepuluh tahun meninggalkan kita,namun jasa dia kepada negara tetap dikenang dan disanjung.
________________________________________________________________________________

iii)Ketiga-tiga orang murid Tingkatan Dua Amanah itu didenda oleh Cikgu Mazlan.Kalian didapati bersalah kerana merokok di dalam tandas.
________________________________________________________________________________

iv)"Patik akan mengiringi Sultan Melaka ke negara China,: sembah Laksamana kepada rakannya Jebat.
________________________________________________________________________________

2.Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan.Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i)Sebelum cuti sekolah pertengahan tahun,kami akan melawat ke kilang batik indah,di  Kelantan.
_________________________________________________________________________________

ii)"Itu kaum keluarga ku.Mari aku perkenalkan engkau kepada mereka,"kata Kamal kepada rakan baiknya.
_________________________________________________________________________________

iii)Kem sahabat alam itu diadakan bersempena dengan Hari Alam Sekitar Sedunia.
_________________________________________________________________________________

Comments

Post a Comment

Popular Posts