ANTOLOGI MINGGU 25 DRAMA HEMODIALISIS
Salin semua maklumat di bawah dalam buku Antologi ( panjang )
PENGAJARAN
DRAMA HEMODIALISIS
JAIS SAHOK
SINOPSIS
Drama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi enggan mendapatkan
rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif. Abah tidak mahu
menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah. Abah
menganggap dia akan mati tanpa mahu berusaha mengubati penyakitnya. Abah
cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapi gagal. Abah dibawa ke klinik
secara paksa. Setelah empat jam, abah pulang bersama-sama mesin
hemodialisis yang dikendalikan sendiri.
Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu. Dr. Afif menerangkan
tindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana ingin membalas budi
dan mahu abah terus hidup. Abah dikunjungi oleh Fatin Atiqah dan teman
lelakinya Saufi. Fatin Atiqah menyampaikan berita bahawa dia telah lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaannya. Abah yang terlalu gembira telah
terlucut wayar mesin hemodialisisnya. Keadaan menjadi cemas. Abah
berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.
TEMA
Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
PERSOALAN
1. Persoalan hubungan kekeluargaan
yang erat/mesra.
2. Persoalan tentang tugas dan
tanggungjawab doktor.
3. Persoalan menyerah
diri/mengharapkan kematian apabila sakit.
WATAK DAN PERWATAKAN
Abah
►Berusia
63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif, Fiqri dan
Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.
► Menghidap
penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis.
►Seorang
penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif.
►Seorang
yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tak bagi mama menelefon anak-anak.
►Seorang
yang bersifat penyayang, tegas – mendidik anak-anak sehingga berjaya.
►Tidak
mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang
doktor.
►Seorang
yang suka bergurau.
Dr. Afif
►Bijak
- doktor pakar.
►Penyayang
- ambil berat tentang keluarga.
►Mengenang
jasa orang tua – menyanjung tinggi pengorbanan abahnya.
►Cekap
bekerja.
►Pantas
bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama.
►Berkorban
untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.
Mama
►Isteri
yang penyayang.
►Ambil
berat akan keluarganya.
►Patuh
dan taat akan suaminya.
►Suka
bergurau. Sabar - walaupun kena marah.
►Cepat
bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).
Fatin Atiqah
►Bijak
- pelajar cemerlang di universiti.
►Sayang
akan bapanya - ambil berat.
►Cepat
panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.
Nabilah
►Cucu abah.
►Anak
Dr. Afif dan Zarina.
►Penyayang.
►Cakap
lepas.
PLOT
Teknik plot dan pembinaan plot
Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi.
Permulaan cerita
Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr.
Afif di klinik. Hasrat mama ditentang oleh abah.
Perkembangan cerita
Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan memujuk
abah supaya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Konflik abah bertambah
apabila Nabilah datang memujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi
roda. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Abah pulang dengan mesin
hemodialisis. Abah masih tidak berpuas hati dan berhujah dengan Dr.
Afif.
Klimaks
Wayar mesin hemodialisis Abah tercabut.
Peleraian cerita
Abah diselamatkan oleh Dr. Afif.
LATAR
Masa
Siang hari.
►Waktu
pagi.
Tempat
►Ruang
tamu rumah Abah.
Masyarakat
►Golongan
tua yang sakit enggan mendapatkan rawatan.
►Masyarakat
yang berpendidikan / berpelajaran.
►Masyarakat
yang mengutamakan / memikirkan kepentingan
►Masyarakat
yang hanya berserah kepada takdir- tua,sakit-mati.
GAYA BAHASA
1. Sinkope
Contoh: nak
(hendak), ni (ini), dah (sudah), tak (sudah), tu (itu)
2. Sajak
Contoh: m/s: 27
3. Bahasa Inggeris
Contoh: I am a doctor, and I want to be your
doctor. I promise to be your good doctor. (m/s 8)
NILAI
1. Nilai kasih sayang
Contoh: Kasih sayang
anak-anak terhadap bapa yang sakit.
2. Nilai hormat menghormati
Contoh: Dr. Afif tetap
menghormati abahnya.
3. Nilai menghargai jasa
Contoh: Dr. Afif amat
menghargai jasa abahnya.
4. Nilai prihatin
Contoh: Mama amat
prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya.
5. Nilai kesabaran
Contoh: Dr. Afif tetap
bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu ke kliniknya untuk berubat.
6. Nilai menghargai ilmu
Contoh: Fatin Atiqah belajar
di salah sebuah universiti dan telah lulus dengan cemerlang.
1. Kita perlu menyayangi setiap ahli
keluarga.
2. Kita mesti menghormati orang yang
lebih tua dan berpengetahuan daripada kita.
3. Kita perlu menghargai jasa
kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita.
4. Kita harus mengambil berat akan
masalah yang dialami oleh orang lain.
5. Kita perlu bersabar untuk
mengelakkan persengketaan.
6. Kita perlu bersabar menghadapi
karenah orang tua.
7. Kita harus menghargai ilmu yang
dimiliki oleh seseorang / Kita perlu menuntut ilmu sepanjang hayat.
Jika ada masalah sila komen
disediakan oleh:Puan Hamsiah binti Juki ( 24 Julai 2015 Jam 1.09 pagi )
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete