TATABAHASA MINGGU 23 ( PERIBAHASA )

Hasilkan lukisan yang sesuai untuk mengambarkan peribahasa yang diberikan.

Peribahasa
Gambar 1
Gambar 2
1. Sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
Usaha gigih yang berterusan akhirnya akan membawa kejayaan


2. Genggam bara api biar sampai jadi arang
Jangan berputus asa atau meninggalkan sesuatu
pekerjaan itu di pertengahan jalan. Sebaliknya hadapi segala cabaran hingga berjaya



3. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
Alang-alang melakukan sesuatu pekerjaan, lakukannya dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya


4. Bidan terjun
Seseorang yang terpaksa memikul tugas orang lain kerana desakan keadaan



5. Tangkai jering
Sangat kedekut


6.Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
Sama taraf atau darjat


7. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Hasil tidak mungkin diperoleh tanpa usaha


8.Seperti embun di hujung rumput
Sesuatu yang sementara atau tidak berkekalan



9.Bau-bau bacang
Persaudaraan jauh



10.Seperti orang mengantuk disorongkan bantal
Menerima sesuatu pada masa yang tepat



Comments

Popular Posts