Gelagat perbentangan semasa PnP di dalam kelas

Gelagat pelajar semasa pembentangan mengikut kumpulan.

TAHNIAH KEPADA YANG TELAH MENUNJUKKAN KEHEBATAN.
Sesi perbincangan dan soal jawab

Pembentangan mendidik mereka agar tampil berani

Pembentangan dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semua pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diagihkan dengan tugas masing-masing. Setiap kumpulan perlu membentangkan hasil perbincangan mereka.Objektif penggunaan teknik ini adalah bertujuan untuk memastikan mereka lebih memahami apa yang dipelajari kerana mereka terpaksa mencari bahan yang diperlukan dan perbincangan antara mereka dapat mencambah minda mereka agar lebih tahu dan bijak dalam menguasai dunia pendidikan khasnya dalam dunia ICT. Mereka juga dikehendaki membentangkan hasil pencarian mereka dan hal ini secara tidak langsung dapat mendidik mereka agar berani berdepan dengan rakan sekaligus berdepan dengan masyarakat. kaedah ini bukan sahaja untuk mendapat ilmu malah memberi mereka peluang agar menunjukkan sikap kepimpinan dan tanggungjawab dalam diri mereka.


Comments

Post a Comment

Popular Posts