BAB 1 MENITI IMPIAN

Bab 1 Cita-cita

Pak Yusuf berasa resah kerana isterinya,Mak Temah belum muncul muncul lagi dengan minuman kegemarannya walaupun jam sudah menujukkan pukul 10.30 pagi.Pak Yusuf memerhatikan anak saudaranya, Zahar yang sedang tekun bekerja walaupun panas membahang amat terasa di dalam bengkel beratapkan zink itu.Zahar sudah lebih setahun bekerja dengan Pak Yusuf setelah gagal dalam usahanya memohon pelbagai jawatan.Zahar tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ibunya tidak mampu untuk membiayai persekolahannya memandangkan ada dua lagi adiknya yang juga masih bersekolah.Tanggungjawab mencari rezeki ditanggung oleh ibunya setelah bapa Zahar meninggal dunia.Dengan hasil menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang,ibunya menanggung kehidupan mereka.

Semasa sedang menikmati bihun dan kopi yang disediakan oleh Mak Temah,Pak Yusuf berbincang tentang rak kasut masjid yang sedang disiapkan oleh mereka.Zahar memberitahu bahawa dia akan berusaha menyiapkan rak itu sebelum semua jemaah menunaikan solat fardu jumaat minggu itu.Pak Yusuf tahu bahawa masalah kasut yang bersepah,tidak tersusun dan kehilangan kasut selepas waktu jumaat menyebabkan pihak jawatankuasa masjid meletakkan kepercayaan kepada Pak Yusuf untuk membuat rak kasut yang baharu.Pak Yusuf bertanya tentang keputusan temu duga IKM yang telah dihadiri oleh Zahar dua bulan yang lalu.Zahar tahu bahawa bapa saudaranya benar-benar berharap agar dia dapat melanjutkan pelajaran di IKM untuk menjadikannya lebih mahir dan dengan hidangan gulai ikan talang kering,ulam pucuk pegaga bersama-sama sayur tumis pucuk paku kemudian menunaikan solat Zuhur,Zahar dan Pak Yusuf menyambung kerja dengan bersungguh-sungguh agar boleh menyiapkan rak kasut seberapa segera.


Comments

  1. Terima kasih untuk information di atas,ia sangat membantu saya.0w0

    ReplyDelete
  2. Ringkas,tetapi mempunyai isi yang padat.

    ReplyDelete
  3. Ringkas,tetapi mempunyai isi yang padat.

    ReplyDelete
  4. Ini sangat membantu saya dalam kerja kursus sekolah saya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts