Bab 10 Novel Meniti Impian

Bab 10:Nota

Awal bulan sememangnya agak sibuk di pejabat IKM kerana pelatih-pelatih berbasris menunggu giliran mengambil wang imbuhan.WQalaupun hanya RM200.00 namun Zahar menerimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur.Wang itu digunakan sebaik-baiknya dengan berbelanja dengan jimat hingga cukup bulan tanpa perlu membebankan ibunya yang sudah bersusah payah menyekolahkan kedua-dua adiknya Zakri dan Halim.Mak Kiah,ibu Zahar sudah beransur sihat dan sudah mampu menoreh getah semula walaupun dia pernah dimasukkan ke wad tibi selama tiga bulan.

Habsah yang sedang membelek-belek surat yang dihantar olej posmen menghulurkan sepucuk surat yang dialamatkan kepada Zahar.Norimi sepantas kilat melihat cap pos surat dari Shah Alam yang diterima oleh Zahar sambil mendesak Zahar membaca surat itu dengan segera.Rupa-rupanya surat itu daripada Suhaili yang meminta Zahar melupakanya kerana dia hampa dengan pilihan Zahar dan menganggap bahawa haluan hidup mereka sudah jauh berbeza.Zahar tidak sanggup terus membaca surat yang menghiris perasaannya.Walaupun sudah berada di dalam kelas,Zahar tetap teringat kembali surat yang diterimanya tadi.Dia yakin surat itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk memburu cita-cita dan kejayaan dalam hidup.Dia akan membuktikan bahawa laluan kerjaya yang dipilihnya akan menjadi lambang kejayaannya.

Comments

Popular Posts