Bab 11 Novel Meniti Impian

Bab 11:Parut Luka

Zahar mengambil keputusan menunjukkan surat yang diterimanya kepada Norimi kerana sejak tiga minggu menerima surat itu,Norimi tidak habis-habis menyindirnya.Norimi diulit rasa bersalah kerana ketelanjuranya mempersendakan Zahar sedangkan isi surat itu menghiris perasaan Zahar.Zahar memberitahu bahawa luka hatinya akan sembuh,namun parutnya tetap tidak akan hilang.Dia akan membuktikan kedatangannya ke IKM akan membawa kejayaan membuka bengkel sendiri di kampungnya kelak.

Ramli yang melihat perbualan Norimi dengan Zahar bertempik memanggil Zahar untuk turun bermain bagi melengkapkan dua pasukan untuk latihan bola sepak pada petang itu.Di tepi padang ramai pelatih berkumpul untuk memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak yang baru memulakan sesi latihan.

Comments

Post a Comment

Popular Posts