Bab 12 Novel Meniti Impian

Bab 12:Kejohanan

Kemenangan pasukan bola sepak IKM Sungai Petani mengalahkan pasukan IKM Alor Setar, disambut gembira oleh pemain dan penyokong-penyokongnya.Ketika di dalam bas lagi,Maarof ketua pasukan yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pelatih IKM Sungai Petani mencadangkan agar mereka memberi tepukan yang gemuruh kepada Zahar selaku penjaring gol tunggal yang membawa kemenangan mereka pada hari itu.Namun dengan kemenangan mereka bersama hasil kerjasama semua pasukan dan para penyokong.Sebagai pemimpin,kewibawaan Maarof belum dapat ditandingi.Maarof mengingatkan semua pemain untuk turun dalam sesi latihan petang esok bagi memperkemas permainan pasukan mereka.Mereka bersetuju bahawa latihan yang bersunguh-sungguh sangat perlu untuk mengalahkan pasukan IKM Alor Setar dalam kunjungan balas mereka.Ada juga yang berseloroh bahawa mereka boleh menggunakan khidmat bomoh untuk mencapai kemenangan sambil mengusik Yusof Senot yang pernah berlakon sebagai bomoh pada malam persembahan minggu suai kenal.

Comments

Popular Posts