Bab 14 Novel Meniti Impian

Bab 14:Ujian

Mereka mula menumpukan perhatian terhadap peperiksaan yang akan berlangsung dalam masa sebulan lagi.Kegiatan-kegiatan luar dihentikan sementara waktu kerana masing-masing menyedari kepentingan persediaan sebelum menghadapi peperiksaan.Kegagalan dalam peperiksaan asas bagi pelatih baharu akan menyekat peluang mereka menduduki peperiksaan peringkat pertengahan sedangkan tujuan utama mereka belajar di IKM adalah untuk mengenggam sijil yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).Nasihat Cikgu Baharum yang merupakan cikgu pertukangan yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun sebagai tenaga pengajar IKM sentiasa dipegang oleh Zahar dan rakan-rakan sekelasnya.Tanpa jemu Cikgu Baharum mencurahkan ilmu pengetahuan dan pengalamannya semata-mata untuk melihat pelatih-pelatihnya menghasilkan kejayaan.

Pada hari peperiksaan,Zahar memulakan kerjanya dengan tenang.Dia yakin dengan kemampuannya walaupun berada di dalam bengkel pada hari itu berbeza dengan hari-hari sebelum kerana kali ini kemahiran mereka akan diukur dengan rak yang akan dihasilkan selepas 15 jam waktu peperiksaan berlalu.Setelah dengan hasil kerjanya,Zahar menyerahkan keada pengawas peperiksaan bersama-sama rak yang dihantar oleh rakan-rakannya.Ramli mencuit bahu Zahar sambil memuji kehalusan buatan raknya.

Dua minggu selepas peperiksaan mereka dibenarkan bercuti semester selama tiga minggu.Kesempatan ini memang dinanti-nantikan oleh Zahar bagi mempratikkan kemahirannya di bengkel Pak Yusuf.Zahar,Ramli,Norimi,Habsah dan Anisah bersama-sama keluar menanti bas di stesen bas eksprs menuju ke destinasi masing-masing.

Comments

Popular Posts