Bab 15 Novel Meniti Impian

Bab 15 :Semangat

Selepas bersarapan di rumah,Zahar segera pergi ke rumah Pak Yusuf yang kebetulan juga baru hendak memulakan kerja di bengkelnya.Pak Yusuf tersenyum girang melihat kehadiran Zahar.Melihat reaksi Pak Yusuf,Zahar begitu teruja menceritakan pengalaman peperiksaan yang telah ditempohinya.Dia akan tetap meneruskan pengajian di insitut itu walaupun hanya selepas tiga bulan barulah dia mendapat keputusan peperiksaan yang baru dilaluinya.Jika berjaya,dalam masa enam bulan dia berpeluang menduduki peperiksaan peringkat pertengahan sebelum diarahkan menjalani latihan luar.

Mak Temah turut gembira melihat kedatangan Zahar kerana tahu Zahar akan dapat membantu Pak Yusuf yang mula mendapat banyak tempahan membuat perabot.Tauke Lim yang akan membuka kedai kopi di Kampung Banggul Derdap menempah empat buah meja untuk ditempatkan di dalam kedainya kelak.Zahar sedar kehijauan sawah padi di kampung itu mula lenyap digantikan dengan bangunan kedai yang dimiliki oleh orang luar.Zahar sendiri membayangkan dirinya memiliki kedai perabot selepas dia melengkapkan bengkel Pak Yusuf dengan peralatan yang lebih moden agar dapat meningkatkan pengeluaran perabot.Zahar menyuarakan hasratnya memohon pinjaman MARA untuk memastikan rancangan besarnya menjadi kenyataan.Pasti bengkel perabot itu kelak akan menjadi terkenal dan membanggakan dirinya.Cabaran dan penghinaan yang pernah diterimanya membuahkan semangat untuk gigih meraih kejayaan.

Comments

Post a Comment

Popular Posts