Bab 16 Novel Meniti Impian

Bab 16:Perjuangan

Zahar berasa sungguh gembira setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan yang telah dinati-nantikan keputusannya sejak tiga bulan yang lalu.Cikgu Baharum turut gembira kerana hanya seorang sahaja pelatihnya yang perlu mengulang.Beliau mengingatkan pelatih-pelatihnya agar bersedia untuk menjalani latihan yang lebih intensif bagi melangkah setapak ke hadapanmenghadapi peperiksaan MLVK.Selepas peperiksaan itu kelak,mereka akan dihantar ke bengkel atau kilang-kilang bagi menjalani latihan sambil bekerja.

Suasana kegembiraan terus dirasakan di dewan makan apabila semua pelatih yang lulus asas berkongsi perasaan mereka.Zahar mencari-cari kelibat Norimi dalam kumpulan perempuan.Mereka bertukar-tukar ucapan tahniah kerana masing-masing berjaya dengan cemerlang.Ada sedikit nada gugup pada suara Zahar semasa mengucapkan tahniah kepada Norimi.

Comments

Post a Comment

Popular Posts