Bab 17 Novel Meniti Impian

Bab 17: Harapan

Enam bulan berlalu dengan pantas.Para pelatih terpaksa berusaha dengan lebih keras kerana mereka akan menghadapi dua peperiksaan dalam jangka masa yang agak singkat.Peperiksaan pertama ialah peperiksaan Pertengahan Sijil MLVK dan peperiksaan akhir IKM bagi menentukan kelayakan mereka menerima sijil tersebut.Zahar tidak meghadapi sebarang masalah kerana sememangna dia telah bersedia dan semangat untuk berjaya sentiasa berkobar-kobar dalam jiwanya.Dia akan membuktikan bahawa lulusan IKM mempunyai masa depan yang cerah menangkis kata-kata hinaan daripada Suhaili yang tidak mungkin akan dapat dilupakan.

Peperiksaan peringkat pertengahan dilalui oleh Zahar dan rakan-rakannya.Namun kali ini mereka perlu menyiapkan sebuah almari dua pintu dalam masa 15 jam.Perjuangan Zahar di IKM hanya selesai setelah dia tamat menduduki peperiksaan akhir semester ketiga yang dijalankan tiga minggu selepas peperiksaan peringkat pertengahan.Seminggu sebelum bermula cuti semester,mereka dimaklumkan dengan latihan dalam loji yang diwajibkan kepada mereka.Setiap pelatih menerima surat rasmi penempatan mereka dan Zahar sendiri akan ditempatkan di kilang perabot di Kamunting,Perak. Majlis perpisahan pada malam itu diadakan secara sederhana.Ucapan lantang tuan pengetua yang berisi nasihat dan harapan agar segala ilmu yang diperoleh di IKM akan dimanfaatkan oleh semua pelatih menjadikan dewan menjadi sepi.Mereka seolah-olah kehilangan kata-kata kerana selepas ini mereka akan berpisah setelah kemesraan terjalin sepanjang mereka menuntut ilmu di sana.Kelihatan di sana sini wajah-wajah sugul dan terharu dengan perpisahan mereka termasuklah Zahar dan Norimi.

Comments

Post a Comment

Popular Posts