BAB 2 MENITI IMPIAN

BAB 2 TAWARAN
Mak Kiah menyerahkan sampul surat daripada posmen kepada Zahar.Dengan wajah yang berseri,Zahar memberitahu ibunya berita gembira bahawa permohonnya ke Institut Kemahiran Mara dalam kursus Pertukangan Perabot telah berjaya.Setelah mandi dan mengambil wuduk,Zahar mencapai basikalnya menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib.Sementara menunggu masuk waktu Isyak,Zahar dan rakan-rakannya Bakar dan Rahim, berbual-bual tentang rak kasut untuk masjid.Mereka memuji- muji Zahar dengan menyatakan keyakinan bahawa rak kasut itu pasti akan siap kerana Pak Yusuf sudah ada pembantu yang cekap. Mereka mengucapkan tahniah kepada Zahar apabila dia memaklumkan kejayaannya diterima masuk ke IKM, Sg Petani.Bakar mengusik-usik Zahar dengan mengingatkanya kepada Suhaili,rakan sekolah mereka yang pernah menjadi sahabat Zahar.Zahar menafikan mereka ada hubungan selain sebagai sahabat kerana beranggapan kejayaan Suhaili melanjutkan pelajaran di Insitut Teknologi Mara (ITM) sejak tiga tahun yang lalu terlalu jauh berbanding dengan dirinya yang baru hendak mendaftar di IKM pada hari isnin depan.

Surat yang diterimanya dari IKM mengingatkannya semula kepada zaman persekolahannya tiga tahun yang lalu.Kali ini dia perlu melupakan hasrat melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Perniagaan di Institut Teknologi Mara setelah gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM sebaliknya dia akan menjadi seorang tukang lerabot.Kata-kata Bakar yang mengaitkannya dengan Suhaili semasa di masjid,tergiang-giang di telinganya.Masih ada debaran setiap kali dia terpandang senyuman manis Suhaili dan ketika dia melewati rumah Suhaili.Dia tertanya-tanya apakah reaksi Suhaili jika tahu dia akan meneruskan cita-citanya namun dalam bidang yang berbeza.

Comments

Post a Comment

Popular Posts