Bab 3 Cabaran

Bab 3 Cabaran
Setelah berperang dengan perasaan,akhirnya Zahar mengambil keputusan menelefon Suhaili melalui telefon awam yang dipasang di hadapan masjid di kampungnya.Rumah Suhaili juga baru seminggu dipasang perkhidmatan telefon memudahkan Zahar menghubunginya.Suhaili yang merupakan anak ketiga ketua kampung, Pak Karim besetuju menemui Zahar di City Point,bandar Alor Setar kerana kebetulan dia juga ingin ke sana pada keesokan harinya. Hati Zahar dibuai perasaan gembira setelah mendapat oersetujuan Suhaili untuk bertemu. Suara Suhaili yang lunak membawa ingatan Zahar ke zaman persekolahan mereka. Dia dan Suhaili menjadi rapat sejak mereka belajar di dalam kelas yang sama di tingkatan empat dan lima. Zahar berjaya mendekati Suhaili kerana mereka sama-sama hebat dalam pelajaran dan aktif dalam kelas.Namun beberapa hari sebelum memduduki SPM, Zahar diserang demam sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian terhadap peperiksaannya.Zahar masih tertanya-tanya bagaimana penerimaan Suhaili setelah mengetahui dia akan menjadi pelatih IKM.Zahar bakal menjadi pekerja kolar biru sedangkan Suhaili bakal menjai seorang eksekutif muda yang bergaya.Lamunan Zahar terhenti mendengar suara ibunya meminta menghalau ayam masuk ke dalam reban.

Comments

Post a Comment

Popular Posts