Bab 4 Pertemuan

Bab 4 Pertemuan

Zahar tiba lebih awal dari masa yang dijanjikan dengan menaiki basa MARA dari Sik ke Stesen Bas Alor Setar.Dia tahu Suhaili pasti lebih awal tiba kerana dia terlebih dahulu menaiki teksi pagi itu.Zahar tidak mahu mereka menaiki kenderanan yang sama kerana pasti akan menimbulkan khabar angin yang menyakitkan telinga ke seluruh kampung oleh sesetengah orang yang gemar mereka-reka cerita.Setelah beberapa ketika berlegar-legar di tingkat bawah kompleks,Zahar disapa oleh Suhaili yang berpakaian skirt warna merah jambu,kembang berkedut dan baju berkedut di lengan hadapan.Mereka minum di retoran Kentucky Fried Chicken.Wajah cantik Suhaili yang dimekap nipis dengan dihiasi lesung pipit dipipi kanan menarik hati Zahar.Mereka berbual-bual tentang pelajaran dan masa depan Suhaili yang bakal menjadi ekskutif muda.
Suhaili cuba menyembunyikan perasaan terkejutnya apabila mendengar Zahar akan menjadi pelatih IKM.Suhaili mengingatkan Zahar tentang cabarannya supaya Zahar mendapat gred satu dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran bersama sama di ITM suatu masa dulu.Suhaili menganggap Zahar mudah berputus asa dan tidak sanggup meredah onak duri untuk mencapai kejayaan sekali lagi dalam SPM.Kata-kata Suhaili seolah olah sembilu yang menikam hati Zahar.Suhaili memandang sinis kejayaan Zahar memasuki IKM kerana beranggapan pelatih IKM tiada masa depan yang cerah dan akan meremoat tanpa pekerja an setelah tamat latihan kelak.Zahar ini membuktikan bahawa dia akan menjadi seorang pelatih yang berjaya kerana dia yain kejayaan bergantung pada daya usaha dan kegigihan seseorang.Zahar mengekori langkah tergesa-gesa Suhaili yang meninggalkannya.Suhaili mendekati sebuah proton Saga berwarna merah yang segera bergerak keluar dari kawasan letak kereta.

Comments

Popular Posts