Bab 5 Novel Meniti Impian

Bab 5 Dilema

Wajah Zahar yang kelihatan muram dan tidak banyak bercakap menimbulkan kehairanan di hati Pak Yusuf. Zahar tidak bersedia untuk berterus terang kepada Pak Yusuf tentang hatinya yang masih gundah gulana mengenangkan kata-kata penghinaan yang menghiris daripada Suhaili.Bukan ucapan tahniah yang diterima sebaliknya kata-kata sinis yang menghina dan menyakitkan hati. Zahar menganggap dia terlalu terbuai-buai dibawa perasaan terluka.Lamunannya terhenti mendengarkan kata-kata Pak Yusuf yang berjanji untuk membantu keluarga Zahar sekada kemampuannya. Zahar berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh dan membuktikan bahawa lulusan IKM juga mempunyai masa depan yang cerah jika berjaya memanfaatkan ilmu yang dipelajarinya.Dia tidak akan melupakan budi baik Pak Yusuf kepada keluarganya selama ini.

Pertanyaan Mak Temah tentang pemergiannya ke Alor Setar mengejutkan Zahar.Dia tertanya-tanya sama ada Mak Temah sudah tahu pertemuannya tempoh hari.Suara Pak Yusuf yang bertanyakan hidangan makan tengah hari menyebabkan Mak Temah segera beredar untuk menyiapkan makanan. Pak Yusuf berjanji akan menghantar Zahar ke IKM di Sungai Petani.

Comments

Popular Posts