Bab 6 Novel Meniti Impian

Bab 6:Perjalanan

Pak Yusuf tiba awal di rumah Mak Kiah untuk membawa Zahar ke Sungai Petani.Pak Yusuf memberitahu kakaknya bahawa mereka akan menaiki teksi Pak Usin yang merupakan bapa saudara Suhaili yang kebetulan baru mempunyai seorang penumpang ke Sungai Petani pagi itu.Pak Yusuf menjemput Usin Teksi naik ke rumahnya terlebih dahulu,namun ditolak dengan baik oleh Pak Usin kerana mereka perlu bergegas ke Sungai Petani.Zahar yang segak berkemeja lengan pendek warna kelabu mengangkat dua beg besar yang akan dibawa ke sana.Sebelum bertolak,Zahar bersalam dan menciu tangan Mak mKiah sambil dia menasihati Zahar agar belajar bersunguh-sungguh.

Pak Usin memandu dengan tenang bergerak keluar dari Kampung Carok Petitih melewati pekan Sik membelah keheningan pagi.Tauke Lim yang juga turut sama sebagai penumpang di dalam teksi itu memuji kejayaan Zahar memasuki IKM sambil menganggap rancangan Pak Yusuf menyokong Zahar memasuki IKM sememangnya bijak bagi mengembangkan perniagaan perabot di kampungnya.Tauke Lim turut menghantar anak lelakinya untuk belajar menjadi mekanik setelah anaknya tidak menunjukkan kemajuan dalam bidang pelajaran,manakala anak perempuannya yang akan mengambil SPM bercita-cita menjadi akauntan.Di dalam hari kecilnya,Zahar menyimpan satu hasrat untuk memperbesar bengkel pak ciknya dan melengkapkanya dengan alat pertukangan yang moden supaya kelak dapat menghasilkan perabot yang bermutu.Perbualan Tauke Lim dan Pak Usin yang menyentuh tentang kejayaan Suhaili dalam pelajaran membawa ingatan Zahar kepada pemuda kacak pemandu Proton Saga merah yang membawa Suhaili pergi ketika itu.

Setibanya mereka di institut itu, Zahar segera mendaftar diri dengan kerani yang bertugas.Kelihatan pak ciknya sedang berbual mesra dengan seorang lelaki separuh umur bersongkok berasal dari Johor Bahru.Pak Kamil turut menghantar anak gadisnya, Norimi mendaftar sebagai pelatih IKM dalam bidang lukisan Seni Bina.Walaupun baru berkenalan,seolah-olah terjalin kemesraan dalam kalangan mereka.Norimi sendiri merasakan ada suatu tarikan tatkala terpandang Zahar.Mereka segera ke blok asrama untuk mengambil kunci.

Comments

Post a Comment

Popular Posts