Bab 7 Novel Meniti Impian

Bab 7 Suai Kenal

Sebagai pelajar baharu,mereka dikehendaki berkumpul di padang pada jam 2.30 petang siap berseluar panjang hitam dan baju T berwarna biru muda.Mereka diminta berkumpul oleh pelajar senior dalam barisan sebelum bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar institut.Suara lantang pelajar senior mengingatkan bahawa mereka perlu sentiasa berdisiplin tidak malas dan sentiasa tahan menempuh cabaran selari dengan latihan mereka sebagai pekerja kolar biru suatu hari nanti.Sebagai pelatih IKM ereka mestilah bercita-cita tinggi,tidak akan mengalah dan mampu berdikari walaupun dipandang rendah oleh sesetengah golongan.

Zahar dan rakan sebiliknya Ramli menebas rumput yang tumbuh meliar di bekas tanah kebun getah mendatar,manakala Norimi dan rakannya, Habsah pula mengangkat rumput yang sudah penuh di dalam pongkes.Kerjasama lebih 150 pelatih baharu menjadikan kawasan yang selama ini terbiar dan semak menjadi bersih semula.Setelah minum petang,mereka diarahkan balik ke bilik sebelum berkumpul semula di surau sebelum waktu Maghrib dan ke dewan utama selepas waktu makan malam.

Comments

Popular Posts