Bab 8 Novel Meniti Impian

Bab 8:Kemahiran

Sesi pengenalan diri di dalam kelas oleh Cikgu Baharum setelah minggu suai kenal berakhir.Pelatih seramai 20 orang yang datang dari seluruh negara diberi peluang berkenal-kenalan dengan lebih dekat setelah ditempatkan di dalam kelas mengikut bidang masing-masing.Zahar turut berkongsi kisah dan keinginanya untuk memiliki bengkel sendiri serta menghasilkan perabot yang canggih suatu masa nanti.Mendengar nasihat dan penerangan Cikgu Baharum di dalam kelas Pertukangan Perabot,Zahar menguatkan tekad dan keazaman untuk tidak mensia-siakan peluang memasuki IKM walaupun dia terluka dengan hinaan kata-kata yang dianggap tajam bagai sembilu.

Setelah menerangkan jenis-jenis kayu,papan dan mesin-mesin yang ada di situ, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Semua alat perlu direkod dan ditandatangani borang penerimaan sebagai tanda tanggungjawab terhadap peralatan tersebut.Mereka juga diingatkan bahawa latihan amali akan banyak dilaksanakan di dalam bengkel.Kerja menghasilkan perabot yang bermutu tinggi tidak jauh bezanya dengan kerja seorang pengukir yang mementingkan ketelitian dan kehalusan kerja yang berseni.Sewaktu minum petang, Habsah memuji Norimi dan Zahar yang mendeklemasikan sajak pada malam persembahan pelatih baharu dalam minggu suai kenal yang lalu.Habsah menganggap mereka berbakat sebagai penyair.Mereka juga berjanji akan keluar ke bandar Sungai Petani untuk membeli alat lukisan bersama-sama.

Comments

Post a Comment

Popular Posts