Bab 9 Novel Meniti Impian

Bab 9:Kepulangan

Zahar tertanya-tanya apabila melihat kemeriahan kenduri semasa di melewati rumah Pak Karim.Hanya adiknya Zakri sahaja yang berada di dalam rumah,manakala ibu dan adiknya Halim menghadiri kenduri tersebut.Zahar mengetahui tujuan kenduri Pak Karim adalah meraikan kejayaan Suhaili mendapat pekerjaan di Petaling Jaya daripada adiknya.Ketika berada di bengkel Pak Yusuf,Zahar teringat kata-kata yang sering diulang oleh Cikgu Baharum tentang perabot yang bermutu tinggi bergantung pada hasil kerja yang cermat,teliti,halus dan berseni.Hasil kerja Pak Yusuf di dalam bengkelnya yang serba kekurangan memang jauh berbeza dengan hasil kerja pelatih di IKM.

Zahar gembira mendapat tahu bahawa Pak Yusuf sudah mula mendapat tempahan almari daripada tauke Lim pemilik kedai basikal di Pekan Sik.Dia membayangkan suatu hari nanti bengkel Pak Yusuf bertukar menjadi sebuah bengkel yang serba lengkap dengan beberaoa orang pekerja sambil menyiapkan meja dan kerusi tempahan daripada syarikat pengedar.Mak Temah yang baru pulang dari kenduri menegur Zahar yang tidak kelihatan dalam majlis tersebut.Mak Temah cuba mengusk Zahar dengan mengatakan bahawa dia tahun Zahar pernah bertemu dengan Suhaili di bandar Alor Setar .Berat hati Zahar untuk menjamah makanan yang dibawa pulang oleh Mak Temah,namun kerana lapar dia makan juga makanan yang sudah sejuk itu.

Comments

Popular Posts