BAB 18 NOVEL MENITI IMPIAN

BAB 18:Matlamat

Cuti selama tiga minggu di kampung halaman digunakan sebaiknya untuk menolong pekerjaan ibunya,Adik-adik Zahar turut sama membantu.Setelah seminggu membantu ibunya,barulah Zahar berpeluang ke bengkel membantu Pak Yusuf yang kian sibuk setelah mendapat tempahan menyiapkan 20 buah kerusi dan meja kanak-kanak untuk kelas didikan kanak-kanak yang akan dibina di kampung itu tidak lama lagi.Zahar menyatakan kegembiraan melihat sambutan orang ramai terhadap perabot yang dihasilkan oleh mereka.Zahar turut memberitahu Pak Yusuf bahawa dia akan menjalani latihan dalam loji selama enam bulan di Kilang Perabot Usaha Bersatu di Kamunting,Perak.

Zahar sememangnya sudah bersedia untuk menjalani latihan kerana yakin akan kebolehannya,namun dia sendiri tidak tahu mengapa ada suatu debaran di dadanya.Sepanjang perjalanan dari Butterworth ke Taiping pelbagai persoalan berlegar-legar di benaknya.Akhirnya, dia tiba di kilang perabot tersebut.Zahar disambut mesra oleh Miss Ooi,Ketua Unit Personel sebelum diperkenalkan dengan Encik Manaf yang telah menerangkan lebih lanjut operasi kilang tersebut kepada Zahar.Zahar berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya.Zahar berasa sungguh bertuah kerana kehadirannya di kilang itu seolah-olah memang dinanti dan seorang pekerja bernama Razai dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersamanya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts