BAB 22 NOVEL MENITI IMPIAN

BAB 22:Cinta dan cita-cita

Hati Zahar semakin gembira lebih-lebih lagi apabila dia menrima keputusan cemerlang Pangkat 1 dalam peperiksaan Peringkat Pertengahan dari IKM.Zahar menjalani latihannya di kilang itu dengan tenang walaupun sedar Suhaili cuba untuk berbaik-baik dengannta.Dia cuba mengelak daripada bertemu dengan Suhaili.Dia tidak mahu mengimbau kenangan lama kerana tiada ruang di hatinya untuk menyuburkan kembali perasaan itu.

Surat yang diterima daripada Norimi meninggalkan persoalan dalam hati Zahar yang sukar untuk dijawab.Dia tahu perasaan Norimi dan dia juga begitu,namun pengalaman lalu menjadikan dia lebih berhati-hati.Selagi belum mengenggam sijil,selagi belum memiliki bengkel sendiri,Zahar belum merasa puas.Enam bulan akhirnya tiba juga ke pengakhirannya.Dalam ucapannya di Majlis Jamuan Pagi untuk Zahar,Miss Ooi yang mewakili pihak pengurusan memuji kerajinan dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Zahar.Walaupun Zahar tidak mahu menerima tawaran bekerja di kilang itu,namun Miss Ooi menyanjung tinggi cita-cita Zahar yang ingin membuka bengkel perabotnya di situ.Setelah semua beredar,Zahar menghampiri Suhaili yang masih ada di situ.Suhaili memohon maaf atas sikapnya yang menguris perasaan Zahar.Zahar memaafkan kesalahan Suhaili kerana baginya semua telah berakhir antara mereka, namun sebagai sahabat dan jiran sekampung biarlah hubungan persahabatan berkekalan sehingga akhir hayat mereka.Petang itu,suasana petang yang mendung mengiringi Razali yang menghantar Zahar ke stesen teksi meninggalkan bandar Taiping.

Comments

Post a Comment

Popular Posts