BAB 24 NOVEL MENITI IMPIAN

BAB 24:Impian terlaksana

Bengkel Perabot Meniti Impian kian dikenbali ramai sejak tersiarnya rencana dalam akhbar Harian Kebangsaan.Zahar sedar walaupun impiannya telah menjadi kenyataab, namun dia masih perlu banyak berusaha kerana kejayaan tidak datang dalam sekelip mata.Setiap perabot yang dihasilkan di bengkel itu mendapat pasaran yang baik kerana kepercayaan masyarakat terhadap mutu perabot yang dihasilkan.Dia juga sedar bahawa dia tidak boleh bergantung kepada nama Pak Yusuf semata-mata jadi dia mesti meluaskan pasaran perabotnya dengan tanda dan logonya sendiri.Pihak MARA sendiri memberi jaminan akan membantu pengusaha-pengusaha perabot bumiputera dengan memberi keutamaan kepada mereka membekalkan perabot kepada maktab dan institusi di bawah MARA.

Posmen yang datang tengah hari itu menyerahkan dua pucuk surat kepada Zahar.Zahar tidak menghabiskan pembacaan surat yang diterima daripada Suhaili sebaliknya membuka sepucuk surat lain bertulisan kemas yang diterimanya daripada Norimi.Sambil membaca surat itu,Zahar tersenyum.Zahar menjawab pertanyaan Pak Yusuf tentang pengirim surat itu.Pak Yusuf tersenyum penuh makna memandang Mak Kiah kerana dia pasti akan dapat bertemu Norimi dan bapanya dalam majlis penyampaian sijil di IKM itu kelak.

Comments

  1. tq for making me success on doing my bm work. it is such a good help for me and all of the people who is struggling searching for info(s) like this. tq so much.

    ReplyDelete
  2. ini sangat menolong

    saya nak ucapkan terima kasih :>>> sangat sangat

    ReplyDelete
  3. thanks!this help my bm presentation

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts