TEKNIK TEKNIK PLOT NOVEL MENITI IMPIAN
Teknik Plot
1.Teknik plot atau teknik penceritaan ialah cara pengarang menyampaikan cerita.
2.Terdapat bebrapa teknik plot yang biasa digunakan seperti berikut:
a) Teknik Imbas Muka - membayang sesuatu peristiwa yang belum berlaku
b)Teknik monolog - bercakap sendiri
c)Teknik monolog dalaman-brkata-kata di dalam hati
d)Teknik imbas kembali- mengingat semula peristiwa yang telah berlaku
e)Teknik pemerian- sesuatu yang digambarkan secara terperinci
f)Teknik kejutan/saspen-melahirkan perasaan ingin tahu pembaca
g)Teknik Dialog-perbualan antara watak
Teknik Imbas Kembali
Contoh:
1.Pada saat begitu ingatanya kembali menjangkau suasana masa lampau,Jauh benar bezanya dengan suaana sekarang.Jemaaah semakin ramai.Sedangkan rak tempat menyimpan kasut tidak bertambah.( halaman.7)
2.Surat itu cepat mengembalikan ingatannya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkanya lebih tiga tahun yang lalu.(halaman.20)
3.Pertemuan yang tidak diduga itu bagaikan mengundang kembali kenangan masa lampau.Kenangan yang cuba dilupakanya.(Halaman.22)
4."Aku cabar kau dalam peperiksaan SPM nanti,kita mesti dapat gred satu,sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Malaysia,Bahasa Inggeris,Matematik dan sains bagi membolehkan kita memasuki ITM" kata-kata Suhaili itu tiba-tiba menjengah kembali ingatannya.( Hal.27 )
Teknik Imbas Muka
Melalui teknik ini, pengarang membuat gambaran peristiiwa yang belum berlaku
Contoh:
1.Pak Yusuf benar-benar berasa dadanya lapang.Segera terbayang di matanya , wajah tok imam tersenyum gembira kerana rak yang ditempah siap lebih awal daripada dijangkakan.(Hal.11)
2.Zahar cepat terbayang bertapa bangsal yang menjadi bengkel itu bertukar menjadi sebuah bengkel yang serba lengkap.Beberapa orang pekerja sedang sibuk menyiapkan kerusi dan meja yang ditempah oleh sebuah syarikat pengedar.( hal.88)
Teknik Monolog Dalaman
Melalui teknik ini pembaca akan mendapat gambarab sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan watak terganggu atau pengucapan batin seseorang watak itu.
Contoh:
1.Mengikut kata Zakri, Suhaili telah mendapat kerja di Petaling Jaya.Kerja apa? di firma atau jabatan kerajaan?
Ah,mengapa fikiran ini mengembara sejauh itu? ( Hal.85)
2,Sesuatu yang bergelombang dalam fikirannya kini tenang kembali,Memang aku yang bersalah.Mengapa mulut ini celuar mengungkit-gungkit tentang surat itu, sedangkan daripada reaksi Zahar, aku tahu dia tidak suka aku mengungkitnya, apalagi di tengah rakan-rakan yang lain (Hal.101)
3.Di mana lagi aku akan mencarinya,jika tidak di sekitar tempat ini,bisik hatinya (Hal.32)
4.Siapa yang akan dolantik menjadi imam nanti?Pertanyaan itu cepat mengetuk kotak fikiran Zahar.(Hal.70)
Teknik Dialog
Teknik dialog atau perbualan banyak digunakan oleh pengarang novel ini,contohnya antara Zahar dengan Pak Yusuf semasa mereka sedang menyiapkan meja dan bangku di bengkel.
Contoh:
"Kita mesti siapkan bangku panjang ni,petang ni juga,ya pak cik," usul Zahar sambil menyusun kayu yang digergaji tadi.
"Ya besok kta mesti siapkan mejanya pula," balas Pak Yusuf dengan wajah ceria.
"Lusa pula pak cik? tanya Zahar.
"Lusa aku hantar kau ke IKM.Setuju?" ( Hal.45)
Teknik Kejutan/saspens
Pengarang menggunakan teknik ini untuk menimbulkan perasan tertanya-tanya pembaca.
Contoh:
1.Apakah reaksi Suhaili nanti?
acahan Bakar kembali memancing keinginan itu. ( Hal.22)
2.Soalnya,bila Zahar masuk periksa semula?Setahunya Zahar macam sudah putus asa.Tidak ulangi SPMnya.Tetapi bukan mustahil jika dia ambil periksa secara diam-diam.Kini apabila dah berjaya,baru nak beritahu.
Ah,Zahar,kau ni lagi-lagi nak bagi aku saspen! ( Hal.36)
3.Masalahnya sekarang,aku terpaksa berdepan dengan seorang penolong ketua unit yang belum aku kenal.
Bagaimana perawakannya? ( Hal.167)
4.Besar juga kenduri Pak Karim ni,hati Zahar berbisik lalu melangkah semula.Tetapi untuk apa Pak Karim buat kenduri pada hari sabtu,hujung bulan pula ni?Kenduri kesyukuran atau kenduri kahwin? ( Hal.82)

tq
ReplyDeleteit was so helpful thank you ....
ReplyDelete