TEMA NOVEL MENITI IMPIAN

TEMA 

Tema Novel Meniti impian ialah keazaman dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita yang akhirnya membawa kejayaan.

Huraian yang mengukuhkan tema tersebut:

1.Walaupun Zahar tidak dapat meneruskan persekolahan di peringkat yang lebih tinggi,dia tidak berputus asa sehingga berjaya mendapat sijil MLVK di IKM.

2.Zahar tidak berputus asa belajar dengan tekun di IKM walaupun dipandang rendah dan hina oleh Suhaili yang berkelulusan ITM.

3.Setaip nasihat daripada Cikgu baharum di dalam kelas diikuti dan difahami dengan bersungguh-sungguh kerana Zahar ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajarannya.

4.Sebelum menghadapi peperiksaan,Zahar sudah berasa yakin kerana sejak awal lagi,dia sudah belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk mendapat kejayaan yang cemerlang.

5.Penghinaan Suhaili terhadap kelulusan IKM yang susah mendapat pekerjaan dijadikan sebagai penguat semangat bagi Zahar untuk berusaha dengan gigih untuk berjaya walaupun hanya belajar di IKM.

6.Walaupun hanya membuat latihan dalam loi di ilang tersebut,namun Zahar tetap belerja bersungguh-sunggh sehingga dia ditawarkan pekerjaan tetap di kilang tersebut tetapi dia telah menolaknya.

7.Akhirnya Zahar berjaya membawa kelulusan yang cemerlang dan pulang ke kampung dengan membina bengkel perabotnya sendiri yang dibina atas tanahnya sendiri bernama Bengkel Meniti Impian.

Comments

Post a Comment

Popular Posts