WATAK DAN PEWATAKAN SAMPINGAN NOVEL MENITI IMPIAN

WATAK DAN PEWATAKAN SAMPINGAN

PAK YUSUF

Watak

*Bapa saudara kepada Zahar
*Berusia dalam lingkungan 60-an
*Tubuh badan yang masih sihat
*Mempunyai bengkel sendiri
*Mempunyai seorang isteri bernama Mak Temah
*Mempunyai dua orang anak yang sedang menuntut di universiti

Pewatakan
1.Mengambil berat
Contoh:
Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar diri di IKM kerana mengambil berat akan keperluan anak saudaranya.

2.Bertanggungjawab
Contoh:
Walaupun tahu Zahar boleh menyiapkan rak kasut masjid itu sendiri,tetapi atas rasa tanggungjawab,dia berusaha menyiapkanya dengan bantuan Zahar.

3.Gigih bekerja
Contoh:
Pak Yusuf gigih bekerja di bengkel perabot menyiapkan tempahan perabot di samping bekerja di kebun.

4.Pemaaf
Contoh:
Pak Yusuf senang memaafkan isterinya walaupun Mak Temah sesekali terlambat menghidangkan makanan.

5.Rajin bekerja
Contoh:
Sejak awal pagi lagi,selepas sarapan Pak Yusuf telah pergi ke bengkel untuk menyiapkan tempahan perabot.

SUHAILI

Watak
*Berbadan tinggi lampai
*Berbibir nipis
*Berkulit putih kuning
*Berlesung pipit di ppi kanan
*Kawan sekelas Zahar
*Anak ketua kampung, Pak Karim
*Lulusan ITM
*Pernah bekerja di Petaling Jaya
*Berjawatan sebagai Penolong Ketua Unit Pemasaran

Pewatakan

1.Mengakui kesalahan
Contoh:
Suhaili mengakui kesalahanya menghina dan memandang rendah terhadap Zahar dengan mengatakan lulusan IKM tidak ada masa depan yang cerah.

2.Memandang rendah terhadap orang lain
Contoh:
Suhaili memandang rendah kepada Zahar yang akan menjadi Pelatih IKM.Dia menganggap bahawa lulusan IKM tidak mempunyai masa depan yang cerah.

3.Mudah putus asa
Contoh:
Suhaili berhenti kerja di Petaling Jaya kerana tidak tahan dengan tekanan kerja dan kesesakan lalu lintas di sana.

RAMLI

Watak
*Kawan baik Zahar
*Berasal dari Pulau Pinang
*Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
*Ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani

Pewatakan

1.Suka mengusik
Contoh:
1.Ramli suka mengusik Zahar dengan Norimi apabila melihat mereka berbual-bual.

2.Cekap bermain bola sepak
Contoh:
Ramli berjaya melerek bola ke gawang pihak lawan setelah mendapat tendangan daripada Zahar.

NORIMI

Watak
*Kawan Zahar
*Berasal dari Johor Bahru
*Mengikuti kursus Lukisan Seni Bina

Pewatakan

1.Lemah-lembut
Contoh:
Pak Yusuf yang pernah bertemu dengan Norimi mengangganya seorang gadis yang lemah-lembut dan berbudi bahasa.

2.Mudah tersenyum
Contoh:
Norimi tersenyum apabila terpandang wajah Zahar

3.Cemerlang dalam pelajaran
Contoh:
Norimi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan asas.

MAK TEMAH

Watak
*Isteri Pak Yusuf
*Berbadan gempal

Pewatakan

1.Seorang isteri yang bertanggungjawab
Contoh:
Mak Temah sentiasa menyediakan hidangan makanan untuk suaminya, Pak Yusuf.

2.Suka mengusik
Contoh:
Mak Temah mengusik Zahar apabila mengetahui Zagar pernah bertemu dengan Suhaili di Pekan Alor Setar.

3.Mengambil berat
Contoh:
Mak Temah menyuruh Zahar makan makanan yang dibawa balik dari kenduri rumah Pak Karim kerana dia pasti Zahar belum makan lagi.

4.Rajin memasak
Contoh:
Mak Temah menyediakan gulai iakn talang kering,ulam pucuk pegaga dan sayur tumis pucuk paku untuk hidangan tengah hari.

Cikgu Hamsiah...

Comments

  1. Very good points and important points

    ReplyDelete
  2. Thank you so much for this :) Really useful.

    ReplyDelete
  3. please make it more interesting please?

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Shut up...why u have to be so rude and acting like ur parents didn't teach u manners...pls respect others....

      Delete
  5. This point help to do my homework with easy way

    ReplyDelete
  6. thank you for the point.very useful

    ReplyDelete
  7. Awww it's really nice! Many thanks!

    ReplyDelete
  8. adakah watak sampingan pak karim

    ReplyDelete
  9. Your notes very thankful 🥰

    ReplyDelete
  10. Your notes is very useful and thank you

    ReplyDelete
  11. Thank you for the note it's so help me!!

    ReplyDelete
  12. Knp x ada watak & perwatakan untuk Mak Kiah aka Mak kepada Zahar?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts