NOVEL :DESTINASI IMPIAN TINGKATAN 1

Bab 5:Firdaus :Kesal belum bernoktah

Perasaan Firdaus begitu marah dan benci dengan sikap Azlina yang sering menyindir dan menyakiti hatinya. Firdaus mengayuh basikal dengan sekuat hatinya agar dapat menjauhi Azlina. Firdaus menganggap Johari dan Azlina berpakat dan mempunyai hubungan cinta apabila Johari mendiamkan diri ketika menyindirnya. Firdaus teringat akan ajakan Salim menonton wayang pada hari Sabtu. Firdaus terpaksa memilih sama ada untuk menonton wayang atau berbasikal. Firdaus menyesal memilih berbasikal semata-mata tidak mahu digelar sebagai pengecut. Firdaus membenci Johari kerana Joharilah yang menyahut cabarab datuk.

Tiba-tiba Azlina terbabas ke kiri jalan apabila sebuah lori besar bergerak dengan laju memotong mereka. Basikal Azlina tidak dapat dikawal lalu terlanggar sebuah lubang yang agak dalam dan besar. Azlina tercampak ke tanah merah di tepi jalan. Johari terus menolong Azlina dan memarahi Firdaus yang tidak memperdulikan adiknya yang sakit. Sebaliknya Firdaus mengatakan Azlina jatuh akibat terlalu suka memperlinya. Johari menyedarkan Firdaus bahawa sindiran Azlina adalah untuk menjadikannya lelaki yang berani namun Firdaus tidak menyahut cabaran adiknya sebaliknya menyimpan dendam. Firdaus terus mengayuh basikal kerana tersinggung dengan teguran Johari dianggapnya sebagai pilih kasih.

Comments

Popular Posts